Nur Kasih; Mencari Diri


 



“Cikgu, jangan buat BBQ hari Jumaat malam. Kami nak tengok Nur Kasih....”, emak mengajuk kata-kata anak muridnya. Pelajar darjah enam.
Tergelak kami mendengarkannya. Namun, hati terdetik, apakah agaknya yang dipelajari oleh anak-anak berusia 12 tahun?
Tidak dinafikan Nur Kasih mempunyai aura tersendiri dalam masyarakat. Saya sendiri jatuh cinta. Cinematography yang mempesona! MasyaAllah.
Tatkala Facebook dihujani kuiz-kuiz untuk melihat apakah watak Nur Kasih yang sesuai dengan diri, apakah kita benar-benar `melihat` mesej untuk dihayati?
 
Perihal Anak Muda

”Kalau saya jadi Sarah, saya pun akan jadi seperti itu”, komen adik di sebelah.

Saya kurang memahami. ”Seperti yang bagaimana?”.

”Lihatlah cara ibu bapa mereka melayan Sarah dan kakaknya. Jauh berbeza”, komen yang lahir dari hati seorang anak muda.

”Ye tak ye juga”, hati kecil saya mengakui.

Jika saya membuat bancian, pasti ramai yang amat tidak menyukai watak Sarah. Tidak terkecuali watak Adam di awal cerita. Geram, marah, benci! Jauh berbeza dengan watak Aidil dan Nur Amina.

Ironinya, Sarah dan Adam dibesarkan dalam sebuah keluarga berpendidikan agama. Namun, seperti lirik lagu, iman tidak dapat diwarisi.

Terdapat beberapa persamaan antara watak Adam dan Sarah yang berperang dengan jiwa muda. Sifat terburu-buru, tidak sabar. Sifat melawan, tidak mahu mendengar kata. Sekalipun ibu bapa telah berusaha dan berdoa, sikap mereka tidak bertukar.


Paradigma Uda dan Dara

”Adam jahat! Adam anak setan!”, kata-kata Adam sewaktu kecil yang menempah tamparan daripada Mak Jah.

Begitulah paradigma yang terbentuk dalam diri Adam. Dia seorang yang jahat. Lebih-lebih lagi apabila Ustaz dan Mak Jah mendidik Adam dengan kekerasan. Mereka sendiri mengakuinya tatkala berbicara di kamar tidur.

”Mungkin cara didikan kita pada Adam silap. Selalu sangat dipukul. Jadi bebal anak tu”, luah Mak Jah, naluri seorang ibu berbicara.

Sekalipun Adam kelihatan `jahat`, masih terselit ketaatannya pada ibu bapa.

Ketika Ustaz sakit, Adam tetap pulang selepas dipujuk Aidil. Selain itu, niat Adam untuk pulang segera ke Australia dibatalkan apabila Ustaz jatuh sakit sekali lagi. Babak di kampung diakhiri dengan Adam mengikut kehendak bapanya, berkahwin dengan Nur (kisah dia mengabaikan Nur satu perkara lain).

Berbeza dengan watak Sarah. Salah satu paradigma Sarah ialah mabuk bercinta tidak berbalas. Cinta buta. Selepas berusaha sedaya upaya mendapatkan cinta, barulah Sarah tersedar, ”Buruk sangat ke Sarah mak?”, tanya Sarah pada diri sendiri sebenarnya. Pertanyaan ketika di episod akhir.

Kata orang, hendak dijadikan cerita. Kata saya, lihatlah, penulis tidak menjadikan cerita sia-sia!


Menganjak Paradigma

Bayangkan watak Adam dan Sarah, paradigma mereka telah terbentuk hampir 20 tahun. Maka, untuk mengubah paradigma mereka ke arah yang positif, tentunya mengambil masa yang lama. Paradigma tidak berubah sekelip mata. Dengan izin Allah jua.

Paradigma seseorang terbentuk sejak lahir. Banyak faktor yang mempengaruhi lalu membentuk persepsi. Ibu bapa, kawan-kawan, persekitaran dan media antara faktor yang menyumbang.

Menariknya, anjakan paradigma Adam dan Sarah bermula dengan ujian. Ujian terus dari Allah swt. Adam kehilangan anak sulungnya bersama Katrina. Kemudiannya Adam dipenjara. Sarah pula ditimpa kemalangan merempuh cermin.

Hidayah itu datang dengan pelbagai cara. Terpulang kepada individu melihatnya dengan mata hati. Hidayah melalui pencarian. Hidayah melalui ujian!



Pencarian Diri Bermula
 


Ujian yang menimpa Adam dan Sarah merupakan faktor luaran, sesuai sebagai permulaan untuk menganjak paradigma. Namun, tidak menjamin usaha untuk terus mengubah diri ke arah kebaikan. Jelas mesejnya bahawa untuk berubah, bergantung kepada individu. Adam dan Sarah perlu mencari selepas mereka di uji!

Pencarian diri Adam diceritakan dengan panjang lebar berbanding Sarah yang `insaf` dihujung cerita.

Secara umumnya, pencarian Adam mengenal diri dan Islam perlu dimulakan dengan diri sendiri walau penuh rintangan. Usaha dimulakan sedikit demi sedikit, syaratnya istiqamah.

Adam memulakan pencarian tanpa bantuan abangnya Aidil. Bahkan, Adam menyedari, dia bertanggungjawab untuk mendidik Katrina, dirinya perlu berubah dahulu. Selain rintangan dari dalam diri, Adam perlu berhadapan dengan Katrina yang terkejut dengan perubahannya. Begitulah pencarian Adam bermula. Sunnah orang berjuang. Berjuang menentang diri sendiri. Berjuang menempuh rintangan.

Namun, Adam berusaha sedikit demi sedikit. Asalkan istiqamah. Sekali-sekala Adam terbabas. Katrina menjadi mangsa `kekasarannya`. Namapun terbabas, segalanya pulih bahkan bertambah baik apabila Adam menyedari kelemahannya. Kembali ke atas track sebenar.

Membentuk Diri

Setelah beberapa ketika mencari diri dan dalam masa yang sama cuba mengubahnya, sampailah ke satu tahap, Adam mampu untuk membetulkan kesilapan lamanya. Kesilapannya terhadap Nur Amina. Kesilapan terhadap ibu, ayah serta abangnya.

Tanpa ujian sebagai permulaan, tanpa pencarian diri dan Islam, sukar buat Adam untuk menjatuhkan ego sendiri bagi membentuk diri ke arah yang lebih baik. Malah, membaiki kesilapan lalu. Sukar.

Perubahan diri Adam berperingkat-peringkat. Adam tidak menjadi anak serta suami yang soleh sekelip mata. Bergantung kepada masa. Bergantung kepada izin Allah jua. Namun, Allah tidak pernah meninggalkan hambaNya. Bahkan Allah lah yang paling dekat tatkala hambaNya memohon padaNya. Cuma, hamba ini yang alpa berusaha. Astaghfirullah!

Walaupun pada awalnya kaki Adam tersangkut untuk melangkah bersama ayah dan abangnya ke syurga, dia kemudiannya berusaha. Lalu Allah redha mengizinkan.

Sarah pula menjatuhkan egonya apabila benar-benar redha untuk melepaskan Aidil. Aidil yang cukup bertakhta di hatinya sehinggakan lupa bahawa pemilik mutlak hati seorang hamba adalah tuannya, Allah swt.

”Kak Nur kahwinlah dengan abang Aidil, Sarah tak kesah”, jelas keikhlasan diwajah Sarah dihujung cerita. Berbeza dengan dirinya yang bermuka-muka pada awalnya. Tanpa dinafikan, yang Maha Mengetahui ikhlas hanyalah Allah swt.

 
 
Berapa peratuskah `Sarah` dalam diri kita?


Aplikasi Buat Anak Muda


Mungkin kita tidak dilahirkan dalam keluarga ustaz mahupun imam seperti Adam dan Sarah. Namun, jangan kita lupa. Syarat untuk berubah adalah diri sendiri!

Apabila balighnya anak Adam itu, maka mereka mampu berfikir. Mampu untuk membezakan mana yang baik dan buruk. Mampu untuk mencari diri dan Islam.

Buangkan tabiat menyalahkan ibu bapa, menuding jadi pada persekitaran dan media. Kita punya kuasa dan kawalan terhadap diri masing-masing. Berperanglah dengan diri sendiri untuk berubah. Berjuanglah walaupun sukar kerana kesukaran itulah sunnah.

Apabila wujud kemahuan untuk berubah, jangan mudah menyerah kalah. Membina diri ibarat membina bangunan. Andai tergopoh-gapah dan menggunakan short-cut, alamatnya robohlah. Tidak bertahan lama!

Sama-sama kita bersabar, jiwa muda. Selepas membina, cabaran untuk mempertahankannya pula. Mempertahankan iman dan Islam sehinggalah kita mati kelak.

 
 
Setiap Manusia Punya Kebaikan
”Sejahat mana pun seorang manusia, dirinya masih punya kebaikan”, tazkirah ayah pada suatu petang.
”Masih ingat cerita seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang? Apabila bertanya kepada seorang ulama`, bagaimanakah dirinya hendak bertaubat. Ulama` itu menjawab, lelaki itu tiada harapan, hanya layak ke neraka.”

”Maka beranglah lelaki tadi lalu dibunuhnya ulama` itu, mencukupkan 100 orang. Kemudian, lelaki itu berjumpa ulama` yang kedua. Soalan yang sama diajukan. Jawapan berbeza diberikan.”

”Kamu masih punya harapan untuk bertaubat kerana Allah itu Maha Pengasih lagi Penyayang. Taubat nasuha”, begitulah berbezanya jawapan ulama` kedua. Jawapan penuh dengan kasih sayang. Dengan izin Allah jua Yang Maha Pengasih lagi Penyayang.

Lihatlah manusia dengan kasih sayang. Kata orang, ”Hate the sin, not the sinner”.

Samada melihat orang disekeliling kita, mahupun kita melihat diri sendiri. Seburuk manapun, setiap diri punya kebaikan di dalam hati. Yakinlah.

Ujian datang dan pergi. Mata hati yang celik membuatkan diri mencari. Akhirnya membentuk diri. Sebelum pulang menuju ilahi.

Syaratnya diri sendiri!





(dipetik dari iluvislam.com)

Sebuah Pengorbanan



Antara 2 Pilihan...






Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini....awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla..... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh,panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!


Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. . .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh.... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .

Manusia -Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2.... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ... (kalau sempatla)


Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu .
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia ? Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA,kebahagiaa n di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Doa Sahabat Buat Sahabat






Ya Allah…
Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan bagiku seorang teman. 
Sedangkan ia adalah diluar jangkaan dan sangkaan hambaMu ini. 
Aku tetapkan baginya satu peraturan yang hanya Allah yang akan menentukan segalanya.


Ya Allah…
Dalam kekalutan begini, dia pergi menyendiri dan hanyalah dititipkan suatu pesanan melalui seorang teman buatku. 
Dimanakah salahku wahai Tuhan dan tunjukkanlah dimana silapku. 
Jangan Engkau biarkan aku begini tanpa diketahui apakah kesalahan yang telah aku lakukan terhadapnya.


Ya Allah…
Walau apa pun takdirMu keatasku, maka disaat ini aku tahu dia perlukan pertolongan.
 Oleh itu wahai Tuhan, aku dengan penuh rasa kehambaan yang penuh kehinaan memohon padaMu bagi pihaknya, 
kerana dia adalah sahabatku.


Ya Allah…
Ampunilah daku dan sahabatku 
dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu 
dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.


Ya Allah…
Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. 
Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. 
Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutangnya melainkan telah Engkau bayarkannya. 
Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. 
Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai 
dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan segalanya baginya
 wahai Tuhan yang Maha Penyayang.


Ya Allah…

Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu 
dan berubahnya kesejahteraanMu 
dan mendadaknya seksaMu 
dan berbagai macam murkaMu.


Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu 
tabahkanlah dia dalam menghadapi segala urusan
 dan kekuatan dalam menerima petunjukMu.


Ya Allah…
Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah. 
Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya.


Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya 
dengan sabaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, 
sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya. 
Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya.
 Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya 
dan ampunkanlah dosa-dosanya. 


Ya Allah, 
aku bermohon baginya kepadaMu tingkat yang tinggi di syurga.
 Ya Allah perkenankanlah permohonanku.


Ya Allah…
Sungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku rahsiakan
 dan apa yang aku perlihatkan, 
maka ampunkanlah kealpaan dan kelalaiannya. 
Dan Engkau mengetahui segala hajatnya, maka kabulkanlah permohonannya. 


Ya Allah, 
aku bermohon baginya kepadaMu keimanan yang selalu mendampingi hatinya, 
dan keyakinan yang kuat sehingga dia mengerti bahawasanya tidak akan menimpa dirinya kecuali apa yang telah Engkau tentukan baginya 
dan bahawasanya apa sahaja yang telah menimpa dirinya bukanlah semata-mata yang meluputkannya. 
Dan apa sahaja yang telah meluputkannya bukanlah yang semata-mata menimpa dirinya.


Ya Allah…

Aku bermohon baginya kepadaMu iman yang dia buat cari kebenaran. 
Cahaya yang dia jadikan ikutan dan rezeki yang dirinya cukupkan. 
Ya Allah…jadikanlah dia cinta kepadaMu dengan hatinya seluruhnya dan rela kepadaMu dengan segala kemampuan dirinya seluruhnya. 
Ya Allah… jadikanlah cintanya seluruhnya hanya kepadaMu 
dan amal perbuatannya seluruhnya hanyalah untuk mencari keredhaanMu.


Ya Allah…
Apa sahaja yang Engkau jauhkan darinya dari hal-hal yang dia cintai, 
jadikanlah hal itu sebagai penguat untuknya mencintai apa yang Engkau cintai
 dan jadikanlah cintanya kepadaMu sebagaimana Engkau mencintai.


Ya Allah…
Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau. 
Hanya kepadaMu aku bertawakal. 
Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agong.


dipetik dari http://serulingsenja2.blogspot.com

Latest In KKIP 09




SALAM


kepada semua blogger KKIP jemputlah umtuk tolong mempublish poster ni ke blog anda 
sebagai satu langkah mempromosi sekaligus terlibat dengan program KKIP


SYUKRAN, TERIMA KASIH

Hari Kejayaan!



Kau Pergi Jua...




Masih saya ingat lagi. Zaman kecil. Setiap kali pulang ke kampung ayahku di Kg. Gajah, Perak, saya akan segera mendapatkan opah saya. Semestinya opah ada di dapur. Sibuk menyediakan juadah buat santapan anak, manantu dan cucu tersayang.Dan masih saya ingat lagi, opah gemar untuk memasak ikan tongkol masak taucu dan gulai tempoyak. Dia tahu, itu masakan kegemaran cucunya ini.

Saya masih ingat lagi, opah suka bercerita tentang zaman dulu-dulu. Ketika Jepun bermaharajalela di Tanah Melayu. Dengan gayanya tersendiri, dia akan bercerita. Mengulangi ceritanya sambil diselitkan dengan dendangan lagu Jepun yang kadang-kadang kami adik beradik ketawa geli hati melihat gayanya yang bersahaja. Opah tak pernah mengeluh pabila kami menyuruh mengulangi cerita yang sama. Opah tidak kisah. Asalkan cucu-cucunya gembira.

Sebelah malamnya pula, saya suka tidur sebelah opah. Opah akan tepuk punggung, dodoikan saya dengan selawat sambil diselangi lagu-lagu melayu. Mudah saja saya terlena. Opah tak pernah marah bila badan kecil saya menghimpit badannya dan memenuhi ruang katilnya.

Opah juga suka memanggil kami dengan nama timangan yang diberinya kepada kami. Adik perempuan saya dipanggilnye 'ngendai' sebab badan dia berisi.Adik lelaki saya pula 'Ansari' meskipun namanya Irsyad.

Bila usia menginjak naik, saya jarang dapat berjumpa dengan opah. Yang penting waktu hari raya dapatlah saya bersalaman dengannya. Tambahan pula opah semakin uzur dan sukar untuk berjalan. Pak Long lah yang menjaganya di kampung.

Cuti akhir semester yang lalu, saya sempat berjumpa dengan opah. Saya kagum dengan opah sebab dia mampu mengingati saya meskipun saya sudah lama tak berjumpa dengan opah. Tambahan pula opah menghidapi penyakit nyanyuk yang biasanya dihidapi oleh warga tua. Dia berpesan pada saya supaya bejar rajin-rajin dan kahwin bila umur 25 tahun. Itulah yang selalu diperingatkan pada saya. Saya sempat memeluknya sebelum pulang tanpa saya sedari itulah detik terakhir saya dapat memeluk dan bersua dengan opah...


Sabtu, 12 September 09, 22 Ramadhan 1430H, Subuh

Saya dikejutkan dengan satu mesej daripada kakak saya 

"Salam Opah dah meninggal dunia jam 4 pagi tadi, Sedekahkan Fatihah untuk opah. Kami nak pi umah cik nuar tgk jenazah opah"

Hati saya bagai disentap kuat. Terkedu saya membaca mesej itu.Mahu saja aku pulang . Namun masa tidak mengizinkan.




Maknanya selepas ini ....

tiada lagi gulai tempoyak dan taucu masakan opah

tiada lagi cerita zaman jepun buat hiburan kami

tiada lagi tangan yang mendodoikan saya

tiada lagi terngiang nama 'ngendai' dan 'Ansari'

dan yang pentingnya

tiada lagi nasihat dari bibir opah menasihati aku tanpa jemu.


Ya Allah . Aku pasrah kepada ketentuanMu ini. 
Kau berilah ketabahan keatas kami agar dapat menerima takdir yang amat pahit untuk diterima

Dan kau tempatkanlah opahku bersama meraka yang Engkau kasihi dan rahmati

Amin. Yarabbal alamin




Al-Fatihah buat opahku...



Mampukah Aku...


SALAM
masih sibuk dengan midterm
namun ada masalah lain lagi yang belenggu diri

tak tahu kenapa...





SETIAP KALI

Setiap kali mendapat nikmat
jarang kusedari itu pemberian-Mu

terkadang rasa itu kerana
segala usaha dan penat lelahku sahaja

setiap kali ditimpa musibah
kumengeluh risau bertambah gelisah
hingga terlupa pada-Mu Allah
tempat kembali segala masalah

oh Tuhan Yang Maha Penyayang 
leraikanlah aku dari keluh kesah 
yang membelenggu jiwa dan fikiran 
ditambah dengan hasutan syaitan 

kurniakanlah kepadaku ketabahan 
singkapkanku hikmah segala ketentuan 
Moga sinar-Mu berikanku pedoman 
Hanya pada-Mu segala ketetapan 


oh tuhan yang maha penyayang
leraikanlah aku dari keluh kesah
yang membelenggu jiwa dan fikiran
ditambah dengan hasutan syaitan
durjana yang sentiasa mengarahku
kepada kemurkaanmu
kurniakanlah kepadaku ketabahan
tunjukkan ku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan
Ya Allah kau redhailah diri ini


seandainya diri ini
mampu meraih cinta keredhaan-Mu
seandainya akulah insan yang terpilih
pimpini hidupku


"WAHAI PEMBOLAK BALIK HATI,
 TETAPKANLAH HATI KAMI PADA AGAMAMU DAN TAAT PADAMU"

Simfoni Kehidupan 3




Salam Ramadhan Karim

Alhamdulillah.dengan keizinanNya, dapat aku sampai ke bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan ini. Hari ni masuk hari yang ke 2. Alhamdulillah berkat puasa sunat yang sering diamalkan membantu dalam menahan diri sepanjang berpuasa ni.

Semalam, hari pertama berjalan dengan lancar. berbuka dengan nasi lauk ayam.ABC diteguk penghilang dahaga (meskipun agak mewah).Semasa berbuka sempat ber'sms' dengan ibu di rumah dan kakak di UIAM.


ibu sedang menyediakan juadah berbuka

kakak sedang mencari juadah berbuka


Ketika itu terimbau kembali kenangan semasa kecil. berpuasa penuh semata untuk dapat hadiah dari cikgu di tadika.memang gigih
masa tu. tiba waktu sahur berbeza style saya.


ibu atau ayah tuangkan air milo dalam mulut saya sambil mata saya masih terpejam dalam kegelapan bilik tidur.lawak jugak bila ingat kembali. dapat tahan seharian berpuasa.


Zaman sekolah asrama paling seronok.bersahur dan berbuka ramai-ramai.meriah.kurma, sedikit kuih dan air menjadi juadah berbuka. terus solat maghrib dan disusuli makan nasi di dewan makan. pagi sahur dikejutkan dengan bunyi siren ala-ala bomba (sampai ada sekali tu kena tegur oleh pihak polis sebab sekolah sebelah ibu pejabat polis.kata mereka keliru macam ada kecemasan).
ni bukan time buka.tapi time jamuan raya F5 sekolah dulu

Zaman matrik pulak saya bersama sahabat PUSAT ISLAM ditugaskan untuk menyediakan juadah berbuka.setiap hari dapat berbuka free. dapat la jmat duit sikit (bukan niat utama ek).

ni pun bukan time buka.tapi jamuan akhir masjid matrik changlun.
teringat kat daus,kimie,khairul,zawir,surhan n kawan len.eh, fatih pi mane ek?


Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”.
(At-Tirmidzi)


Begitulah gelagat aku menghadapi Ramadhan dari kecil hingga sekarang. yang membezakan dulu dengan sekarang hanyalah feeling berbuka bersama keluarga tidak dapat dirasai sebab sekarang belajar jauh di seberang laut.Namun kerinduan tu diubati dengan gelagat sahabat yang memang riuh bila diajak berdebat (tapi kami tak bertumbuk la). Terima kasih Amin.terima kasih sahabat lain.

MOGA RAMADHAN KALI INI MEMBERI IMPAK HASANAH YANG BESAR DALAM HIDUP KITA

INSYALLAH...




Marhaban Ya Ramadhan.



Hari ni hari jumaat

esok sabtu.

PUASA sudah

jom tingkatkan amal ibadah dalam bulan yang mulia ni.

INSYALLAH

Perginya Mutiara Dunia Dakwah...




Asri Rabbani jatuh dan meninggal dunia
Harakahdaily Thu | Aug 13, 09 | 11:37:50 am MYT
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Hrkh) - Vokalis utama kumpulan Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim (Ustaz Asri) meninggal dunia sebaik sahaja jatuh ketika membuat persembahan di RTM kira-kira jam 11.15 pagi ini.

Menurut saksi, Asri jatuh di hadapannya ketika membuat persembahan itu dan ketika diperiksa dia sudah meninggal dunia.

Sementara itu, Harakahdaily ketika menghubungi salah seorang petugas pemasaran kumpulan nasyid itu mengesahkan berita tersebut.

Badrulhisham Jamaluddin daripada bahagian pemasaran kumpulan Rabbani mengesahkan bahawa Ustaz Asri meninggal dunia selepas rebah di RTM pagi tadi.

"Saya tidak tahu apa puncanya,"katanya yang sedang dalam perjalanan ke Hospital Pantai ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi. - mks.

Ustaz Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.

Beliau menyertai kumpulan nasyid terkenal itu sejak ia ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh sembilan orang termasuknya.

Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi dan memberikan kejayaan kepada Rabbani.

Atas kejayaan itu, maka tidak hairanlah jika Rabbani dijulang sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama lapan tahun berturut-turut.

Kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman ini adalah dengan konsep yang tersendiri.

Dalam tempoh lebih 12 tahun berada dalam industri ini, Rabbani telah menghasilkan 19 buah album seperti 'ARAH Dari Mana� Ke Mana�' (1997), 'Pergi Tak Kembali' (1999), 'Intifada' (2000), 'Yalla Beena' (2004) dan yang terbaru, 'Nostalgia Nada Murni'.

~Tersentak apabila rakan mengatakan ustaz asri Rabbani sudah kembali ke rahmatullah. Untuk meyakinkan lagi, aku terus online. memang betul. Hilangnya permata di medan dakwah. masih terngiang lagu "ANAK SOLEH" gemersik suaranya.Salam takziah pada keluarga allahyarham. moga ditempatkannya bersama para mereka yang beriman di sisi Rabbul Jalil.~


AL-FATIHAH

Simfoni Kehidupan 2





Salam kembali...

Alhamdulillah.masih diberi nyawa oleh Al-Khaliq. meskipun still batuk lagi(angkara tak berpantang ais).

Ahad yang lalu sempat beriadah setelah sekian lama memerap (bukan memerah) keringat berbulan-bulan lamanya. asyik ngadap nota dan lab report yang agak kurang sikit berbanding sem-sem lepas.

futsal pun futsal lah. asal keluar peluh

Memang seronok bila sama-sama main futsal meskipun tak berapa jaguh, tapi gigih la gak. mungkin sebab kefobiaan setelah kaki menjadi mangsa bola ketika tingkatan 5 dan tangan di darjah 5 ( 5 juga!!!).

Tapi yang tak seronoknya ramai yang tak dapat hadir. masing-masing sibuk dengan VIVA nyer, thesis nyer. dan mungkin dengan family day SST nyer. papepun memang syok habis masa riadah tu.


Berbalik pada FFM yang 'berjaya' berlangsung di UMS sabtu yang lepas. Dari pemerhatian saya beberapa hari sebelum FFM munculnya jerebu di sekitar kk. mungkin sebagai peringatan daripada-Nya. Namun umat manusia yang kini disogokkan dengan keduniaan tidak dapat membezakan mana satu bala' mana satu nikmat.

gara-gara jerebu dan H1N1


Pelik jugak bila memikirkan kenapa UMS tidak dikuarantinkan sedangkan sudah ada kes pelajar yang positif selsema khinzir ni. adakah tak ingin FFM kehilangan keseriaannya dan takut FFM dibatalkan penganjurannya dan wang sewa terpaksa dipulangkan???

Sekarang ni sibuk ngan projek APK. kami ditugaskan untuk pilih antara tiga:

1.JUALAN LANGSUNG
2. PENGURUSAN PROGRAM
3. JOIN VENTURE (BETUL KA EJA NI?)

jadi kenalah dok mengadap proposal sebab kami pilih jualan langsung. memang susah sebab baru first time ceburi bidang perniagaan ni. tapi ada hikmahnya bersusah-susah sekarang ni. sebab masuk sem depan kami terlibat dengan ladang kongsi. kena la jugak berniaga ikan.kira timba pengalaman la dulu.

Kagum dengan kesungguhan senior terlibat dengan ladang kongsi mereka (terutamanya abg Afiq dan Abg Zizul). Selalu jugak nampak depa pi dok bagi 'anak' depa feeding. memang ada sifat kebapaan.

Isnin lalu praktikal di hatceri. meeting pagi kami disambut dengan berita sedih.

"this morning all of our mouse grouper die"
"we kill fish"

Abg aazif, pembantu makmal hatceri memaklumkan berita ni. memang sedih. sedih lagi muka abg aazif sebab dia incharge ikan tu. satu hari tengok muka dia sedih jak...

"setiap yang bernyawa pasti akan mati"
itulah janji Allah dalam quran.

segala peristiwa yang berlaku dijadikan pedoman buat hari-hari mendatang...

insyallah...

Angkara Nafsu dan Kemegahan



JOM PAKAT RAMAI-RAMAI DATANG !!!

Jahil Dalam Diam...




SAlAM REVOLUSI, REFORMASI DIRI...

Helai demi helai suratkhabar BERITA MINGGUAN diselak. Tiada berita yang menarik perhatian. Cuma isu H1N1 saja yang menarik minat untuk dibaca secara optimum.

Tiba di bahagian hiburan...

'MEMANG SALAH SAYA'

menjadi tajuk artikel.

'Mangsa' (artis yang diwawancara) menjadi bahan kritikan apabila kononnya 'tidak sengaja' berpakaian yang x ubah seperti baju adik2 kecil. Melihat namanya memang nama seorang Islam. namun aksi bergambarnya memang kalah artis barat.

Di mengaku kesalahannya."Memang tak patut saya berpakaian seperti itu (seksi) sebagai seorang wanita Islam (?)" ujarnya. ok la dia sedar juga dirinya Islam.

Namun, bila masuk perenggan seterusnya, dia mula mempersoalkan kembali apabila ada individu yang mempersoalkan penampilannya berbaju 'kecik' itu.
KECIK-KECIK DAH BELAJAR TUTUP AURAT

" bagi saya b'pakaian seksi tak tunjukkan sorang tu look bad."

(apa yang saya faham orang bad kebanyakan memang pakai seksi)

tambahnya lagi

" saya berpakaian seksi tak berniat untuk tarik perhatian orang. tapi saya memang selesa bila berpakaian seperti tu".

(kalau dah memang berpenampilan pelik, sape yang tak tengok? selesa kah bile pakai baju yang melekat kat tubuh. pikir pun dah tau tak selesa. susah bergerak.silap-silap maunye terkoyak)


ANAK-ANAK SOLEH ACUAN ISLAM


Meluat juga bila baca statement orang yang cakap main ikut sedap mulut jak tanpa pikir kelogikan apa yang dia cakap. kalau bagi budak PASTI baca pun dia depa mesti pelik jugak dengan si kakak sorang ni...Entahlah. Dunia oh dunia...

Benda baik dipandang hina.Benda buruk dipandang mulia