SSK (Senario Siasah Kampus)





Salam wasilah ukhuwah fillah.

Dah lama rasanya saya tidak post ke blog ni. Rasa malas kian menguasai diri meski exam telah usai. Namun, setelah membaca artikel dan mencari bahan-bahan tentang jemaah di Malaysia atas amanah yang diberikan oleh naqib diman saya (syukran ya akhi), tergerak saya untuk berkongsi pendapat tentang siasah kampus ataupun lebih dikenali sebagai politik kampus.



Suasana dalam Dewan Canselor ketika PRK MPP




Meskipun di UMS telah selamat usai PRK (Pilihanraya Kampus), tapi kebanyakan IPTA dan IPTS di bahagian semenanjung bakal berdepan dengan senario pilihanraya ini menjelang Januari depan (jika saya tidak silap).

MAHASISWA DAN POLITIK

Masih terngiang-ngiang lagi perbualan saya dengan sahabat saya :

Ana : Mi. Hang sibuk atau ada hal tak hari Jumaat sampai Ahad ni ?

Mi : Aku free kot. Nape ?

Ana : Aku nak ajak hang pi Program Gema Ramadhan. Aku rasa menarik program tu.Lagipun buat kat luar. Jomla join sekali.

Mi : Tak naklah. Aku malasla. Lagipun aku tak suka nak terlibat dengan hal-hal politik ni.

Ana : Politik? Nape lak hang cakap camtu ?

Mi : Yela. Biasanya kalau program-program yang berkaitan dengan masjid ni kan orang PAS yang buat. Aku tak berminat ngan politik ni. Aku nak tumpu kat study aku jak.

Ana : Laa…Nape hang cakap camtu ? Bagi akulah, tak ruginya kalau kita libatkan diri dengan sesuatu yang kita boleh dapat ilmu dan pembelajaran daripadanya.

Mi : Hang cakap senangla. Hang budak sekolah agama. Kalau ada soalan tantang agama senanglah hang jawab. Lainlah cam aku ni. Sekolah biasa jak. Kureng sikit bab-bab agama ni Karang kalau kena soal tak dapat jawab malu jak.

Ana : Ha, sebab tu la aku ajak hang join program ni. Dapatlah tambah pengetahuan hang. Aku pun tak cukup lagi ilmu agama. Sama-samala kita tambah ilmu nanti. Kalau tak dapat jawab soalan tu, tak pelah. Sekurang-kurangnya kita akan ingat apa yang kita tak dapat jawab tu sampai bila-bila pun. Insyaallah.

Mi : Ceh, macam ustaz lak hang ni.

Ana : Yeke ? Terima kasih. Huhuhu. Aku Cuma kongsi pendapat dan pengalaman aku jak. Oh ye. Sebut pasal politik dan PAS. Apa salahnya kalau kita terlibat dengan politik. Sebagai mahasiswa yang celik minda tak salah kalau kita terlibat juga dengan politik atau jemaah-jemaah Islam.

Mi : Apa-apa jelah. Ok la. Kejap lagi aku ada kelas. Jumpa lagi ek. Assalamualaikum

Ana : Waalaikumussalam. Jangan lupa join program tu nanti. Nanti aku inform kat naqib kita ek.


SENARIO POLITIK MAHASISWA

Daripada pengamatan saya, kebanyakan mahasiswa sekarang menganggap politik itu bukanlah satu benda yang penting dan sering memandang enteng perkara ini. Kita boleh lihat daripada peratusan pelajar yang turun mengundi pada PRK MPP baru-baru ini. Tidak sepenuhnya pelajar turun mengundi pada hari pengundian. Peratusan yang turun mengundi adalah rendah.

Sudah semestinya ibu bapa menegaskan supaya lebih memberikan tumpuan kepada pelajaran. Namun untuk menjadi mahasiswa yang berkarisma dan berkaliber, mereka perlu juga melibatkan diri dalam berpolitik mahupun berorganisasi. Bukanlah saya menyuruh mahasiswa berebut mendapatkan posisi MPP mahupun JAKMAS, namun boleh juga kalau kita terlibat dengan program-program yang dianjurkan oleh mereka selaku ajk pelaksana program. Itu juga merupakan asas-asas berorganisasi.

Selaku pengarah semasa Majlis Rumah Terbuka KKIP 2008


Adalah tidak releven dan salah sama sekali tanggapan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa mereka yang bertanding dalam MPP ataupun JAKMAS adalah gila kuasa. Tohmahan ini perlu dikikis segera. Hal-hal gila kuasa biarlah mereka berurusan di akhirat kelak.

Tapi sekurang-kurangnya mereka ada inisiatif untuk memperjuangkan kebajikan rakan mahasiswa mereka yang lain. Berbanding sesetengah pelajar yang hanya pandai menempelak mahupun menghamburkan kata-kata nista kepada pimpinan jika kemahuan mereka tidak dipenuhi.Contohnya seperti gejala hedonisme yang menyerang UMS tidak lama dahulu. Hal ini cuba dibangkitkan oleh ISEUMS melalui blog mereka. Namun ada pihak yang tidak senang dengan pendedahan ini. Akhirnya blog ISEUMS terpaksa ditutup. (Betulkan jka fakta ini salah)





POLITIK DAN ISLAM

Islam adalah agama yang syumul. Yakni menyeluruh merangkumi semua aspek kehidupan – JENAYAH, MUAMALAT, MUNAKAHAT. Jadi tidak wajar dikatakan politik tidak boleh dilibatkan dalam Islam. Persepsi ini boleh digolong dalam pemikiran sekularisme iaitu memisahkan agama dengan kehidupan.

Sedangkan Rasulluah s.a.w turut berpolitik. Lihat pada perjanjian-perjanjian yang telah digubal seperti Perjanjian Hudaibiyah dan Sohifah Madinah. Perjanjian ini merupakan salah satu cabang politik yang dilakukan oleh Rasulluah. Pemilihan Khalifah di zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin juga merupakan unsur-unsur politik.

Jadi jelaslah Islam tidak pernah meminggirkan politik dalam kehidupan umatnya.


KONKLUSI

Siasah ataupun politik merupakan salah satu intipati dalam kehidupan seseorang insane . Suci atau kotor medan politik itu bergantung pada pemimpin yang mencorakkannya. Justeru itu tertakluk kepada kita untuk memilih pemimpin yang betul-betul layak memimpin dan menegakkan syiar Islam di muka bumi ini. Persoalan “ perlukah mahasiswa terlibat dengan politik ?” mungkin telah terjawab. Tepuk dada Tanya iman.


Wallahua’lam

P/S : Betulkan jika fakta ataupun apa-apa dari penulisan saya terdapat kesilapan. Mohon tunjuk ajar.

Kita Pasti Dirisik...Bersabarlah.





Pada suatu masa yang ditetapkan ... Kita pasti dirisik.. Pertunangan sejak azali.. Di hujung hidup nanti.. 

Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut.. Hantarannya..sakit dan nazak.. Tamu bertandang, menghadiahkan esak tangis.. Pengantin dimandikan.. 

Dipakaikan baju cantik putih.. Wangian gaharu dan cendana.. Keranda jadi pelaminan.. Pengantin bersanding bersendirian.. 

Diarak keliling kampung.. Berkompangkan azan dan kalimah kudus.. Akad nikahnya bacaan talkin.. Berwalikan liang lahad.. 

Saksi pula nisan-nisan.. Siraman air mawar.. Keluarga terdekat menepung tawar.. Tiba masa pengantin.. Menunggu sendirian.. Malam pertama bersama KEKASIH.. 

Di kamar bertilamkan tanah.. Dan Dia menuntut janji.. Sucikah kita tatkala berpadu.. Pernahkah taubat sepanjang hayat.. Atau terkubur bersama dosa-dosa.. 

Dan Dia Kekasih itu.. Menetapkanmu ke syurga.. Atau melemparkan dirimu ke neraka.. WALLAHU'ALAM.....


Hasil Nukilan: Alif Akbar

Sumber: www.weluvislam.com 

Bilakah Aku Bisa Meng'update' Blogku Ini?




Salam.


Lama rasanya tak saya update blog saya ini. Tak seperti masa-masa sebelum ini. Boleh dikatakan stiap minggu ada saja bahan yang saya post. Mungkin disebabkan exam yang sedang saya lalui ini. Seatakat hari ini, hanya tinggal 2 kertas saja lagi : Biologi Ikan Akuakultur dengan Prinsip Akuakultur yang merupakan subjek kegemaran saya. Masing-masing hari Isnin dan Rabu.


 PEMANDANGAN DALAM DC TIME PAPER B.INGGERIS


Maaf sekali lagi kerana lama tak meng'update'. Insyallah, pas habis exam akan ada pertambahan bahan dalam blog ini. Maaf sekali lagi. Akhi dan Ukhti, doakan saya dapat menjawab 2 kertas terakhir ini dengan tenang dan jaya.


Nantikan bahan terbaru dari saya.


Wallahualam

Salam Imtihan Maattaufiq Wannajah



Salam Perjuangan...

Selamat menghadapi peperiksaan akhir semester buat sahabat2 jundullah sekalian. 


USAHA + DOA + TAWAKKAL = KEJAYAAN