Jom Puasa 10 Muharam



Dalam bulan Muharram hari yang paling bertuah ialah hari ke-10 atau
lebih dikenali dengan nama Hari Asyura'. Pada hari tersebut kita
disunatkan berpuasa.

Malah dalam mazhab Imam Hanafi puasa hari ke-10 dalam bulan Muharram
ini adalah satu-satunya fardhu puasa yang pertama sebelum difardhukan
puasa bulan Ramadhan.

Hadith daripada Aisyah: "Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram)
maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka
boleh dia tinggalkan". Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10
Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada
lemas dan juga daripada buruan Firaun.

KELEBIHAN

Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan
dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.

BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI

Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka
disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan
dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas
dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud.

Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga
digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.

SEJARAH 10 MUHARRAM

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada
tarikh tersebut:

1. Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
2. Diterima taubat Nabi Adam a.s.
3. Dicipta Adam a.s.
4. Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
5. Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
6. Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
7. Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
8. Selamat Musa dan pengikutnya.
9. Lemas Firaun.
10. Dilahirkan Nabi Isa a.s.
11. Diangkat Nabi Isa kelangit.
12. Diangkat Nabi Idris ke langit.
13. Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
14. Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
15. Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
16. Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
17. Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
18. Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
19. Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura :

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti

3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan
yang ridha

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim fadhilat - Allah akan
mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di
sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh
seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati.
Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya
keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : sahaja
aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat
nanti

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan
selama 50 tahun melakukannya. lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat
hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan
kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa
nikmannasiru"
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka
puasa.

14. Puasa Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura
kerana Allah Taala.
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan
seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Segalanya Baru




Salam Maal Hijrah 1430 H .
Moga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.


&



Selamat menempuh semester 2 sesi 08/09
yang akan kunjung tiba.

ALL DA BEST !!!

Rahmat Ujian





Lagu ini sering saya jadikan pembakar semangat saya apabila ditimpa masalah atau ujian. Hayatilah bait-bait liriknya.



RAHMAT UJIAN


Dalam derita ada bahagia

Dalam gembira mungkin terselit duka

Tak siapa tahu

Tak siapa pinta ujian bertamu


Bibir mudah mengucap sabar

Tapi hatilah yang remuk menderita

Insan memandang

Mempunyai berbagai tafsiran


Segala takdir

Terimalah dengan hati terbuka

Walau tersiksa ada hikmahnya


Harus ada rasa bersyukur

Disetiap kali ujian menjelma

Itu jelasnya membuktikan

Allah mengasihimu setiap masa

Diuji tahap keimanan

Sedangkan ramai dibiar dilalaikan

Hanya yang terpilih sahaja

Antara berjuta mendapat rahmatnya


Allah rindu mendengarkan

Rintihanmu berpanjangan

Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala ujian diberi

Maka bersyukurlah selalu



Lagu : Manis Helma

Lirik : Lukhman S

Munsyid : Mestica

Album : Layar Keinsafan

Ibadah Korban : Cara Berpandukan Sunnah




Salam segala salam.

Sempena Hari Raya Aidiladha yang Bakal menjelang tiba, tergerak hati untuk menggarap cara-cara melaksanakan ibadah korban mengikut sunnah Rasulluah s.a.w. Antaranya ialah :-


1. Waktu perlaksanaan ibadah korban

Selepas selesai solat sunat Hari Raya Aidiladha dan berlanjutan hingga Hari Tasyriq, 3 hari selepas solat sunat Hari Raya Aidiladha. Maka boleh dilaksanakan pada 10, 11, 12, 13 Dzulhijjah
Sabda Rasulluah s.a.w : “Seluruh hari-hari Tasyriq merupakan waktu penyembelihan.” – Hadis riwayat Ahmad






2. Haiwan korban tidak memiliki kecacatan

Hendaklah dipilih daripada baka yang baik serta tidak memiliki kecacatan.
Sabda Rasulluah s.a.w : “4 jenis binatang yang tidak dibolehkan dalam ibadah korban : Buta sebelah matanya yang jelas butanya, sakit yang jelas, tempang yang jelas, tidaj berdaya berjalan dan kurus.” – Hadis riwayat Abu Daud.










3. Tidak menggunting rambut dan memotong kuku

Bagi pelaksana ibadah korban, tidak boleh memotong kukunya semenjak tarikh 1 Dzulhijjah sehingga melaksanakan ibadah korban.
Sabda Rasulluah s.a.w : “ Jika telah masuk 10 hari pertama Dzulhijjah dan salah seorang antara kamu semua ingin menyembelih korban, janganlah memotong rambot dan kukunya walau sedikit,” – Hadis riwayat Muslim

Jika memotong secara sengaja ataupun tidak, memadai memohon keampunan dengan bersungguh-sungguh. Tidak dikenakan fidyah







4.
Seekor unta atau lembu boleh dibahagikan kepada 7 bahagian

Jabir r.a berkata : “ Kami pernah menyembelih (haiwan korban) bersama Rasulluah s.a.w ketika di Hudaibiyah. Seekor unta untuk 7 orang dan seekor lembu untuk 7 orang.” – Hadis riwayat Muslim



5.
Boleh berkorban untuk diri sendiri serta ahli keluarganya

Seseorang dibenarkan berkorban dan berkongsi pahala korbannnya dengan pihak keluarga meskipun hanya satu bahagian lembu untuk ahli keluarga yang ramai.



6.
Dilakukan di Musolla

Disunnahkan melakukan di kawasan lapang tempat solat sunat untuk memperlihatkan syiar Islam.



7.
Sunnah menyembelih sendiri haiwan korban

Sunnah si pelaksana ibadah korban menyembelih haiwan korban dengan tangannya sendiri. Namun dibolehkan juga mewakilkan kepada orang Islam lain.



8.
Menyembelih haiwan mengikut sunnah

Hendaklah menyembelih menggunakan objek yang tajam seperti pisau dan dilakukan dengan cepat agar haiwan itu mati dengan serta-merta. Baringkan haiwan pada sebelah sisi kirinya sebelum disembelih agar mudah memegang pisau dengan tangan kanan dan menahan lehernya dengan tangan kiri. Hendaklah membaca Basmalllah ketika menyembelih. Salur udara, kerongkong dan saluran darah di leher perlu dikerat. Darah dari badan hendaklah dikeluarkan sepenuhnya sebelum dilapah.



9.
Daging korban boleh dimakan , disedekah dan dihadiahkan

Keluarga yang melakukan korban boleh memakan, menghadiahkan dan menyedekahkan sebahagian daging korban mereka. Mereka juga boleh menyimpannya.
Sabda Nabi s.a.w : “ Makan dan simpanlah serta sedekahkan daging korban itu”. – Hadis riwayat al-Muslim



10. Tidak boleh mengupah tukang sembelihan dengan daging korban

Di Malaysia, sudah menjadi kebiasaan memberi tukang sembelih daging korban sebagai upah. Amalan ini bertentangan dengan syara’ dan dilarang keras oleh Rasulluah s.a.w. Sebaliknya perlulah menghjadiahkan mereka dengan harta sendiri dan bukan dari binatang korban.
Ali r.a berkata : “ Nabi s.a.w pernah menyuruhku menyempurnakan seekor unta milik Baginda kemudian menyedekahkan daging, kulit, dan pelindung yang dikenakannya serta aku juga tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih itu. Dia berkata : Kami memberinya dengan harta kami sendiri.” – Hadis Riwayat Muslim

Moga post kali ini memberi ilmu dan dapat diamalkan serta disampaikan kepada orang lain. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan salam aidiladha buat semua penggerak Islam dan seluruh umat Islam. Moga amalan kita dapat dipertingkatkatkan dari sehari ke sehari.

Syukran jazilan.


Diolah dari : Majalah I Edisi Disember.

Perlukah Bicara Soal Bidaah





Masyarakat kini telah terbiasa dengan satu terma yang menimbulkan kontroversi di kalangan ahli ilmu dan orang awam. ‘Bidaah’ sering diperkatakan oleh umat kini dan ramai ingin tahu kecenderungan pihak yang membincangkannya, sama ada ‘semua bidaah itu sesat’ ataupun ‘ada bidaah hasanah’. Ada sesetengah golongan yang berpandangan bahawa ‘semua bidaah sesat’ dan dianggap sebagai pemecah belah masyarakat. Perkara ini bukan kejutan kerana masyarakat awam kebanyakannya masih dibelenggu kekeliruan untuk membezakan antara kaedah syarak dalam muamalat dan kaedah syarak dalam ibadah.




Yang menjadi rumitnya, ada sesetengah lulusan agama dan mereka yang berjawatan dan mendapat kepercayaan masyarakat dalam hal agama menghalalkan cita rasa sesetengah pihak dalam beragama. Tambahan pula apabila mereka disemai dengan ‘benih’ prejudis terhadap ‘pemecah belah masyarakat’ tadi, maka impaknya, apabila dipertikaikan kesahihan suatu amalan agama turun temurun, manakah dalil atau nas-nas yang mengesahkan amalan itu, mereka akan meradang. Fenomena ini berlaku kerana masyarakat sering menyandarkan amalan agama turun temurun kepada para ulama’ semata.


Masyarakat kian keliru apabila mereka diperkenalkan dengan terma bidaah, ditambah pula dengan konsep’bidaah hasanah’ tanpa mereka mengenali dengan lebih mendalam lagi tentang konsep ibadah itu sendiri. Oleh itu, adakah releven untuk kita berbicara tentang soal bidaah tanpa masyarakat awam masih jahil tentang konsep ibadah?


Berikut adalah beberapa perkataan ulama’ Ahlu Sunnah Wal Jamaah dalam memahami konsep sebenar ibadah yang wajib diketahui untuk mendapat pahala daripadanya.

1. Al-Imam as-Subki seperti nukilan Ibn Hajar al-‘Asqalani as-Syafi’ie berkata:



“Asal hukum dalam ibadah adalah tawaqquf (berhenti hingga ada dalil)."

2. Pengarang Nihayah al-Muhtaj dalam mazhab As-Syafi’ie berkata:
“Asal hukum dalam ibadah adalah jika ia tak dituntut, ia tidak berlaku

3. Kata as-Syeikh Muhammad Bin Muhammad:
“Asal hukum dalam perkara bermanafaat ialah mubah (harus) manakala dalam perkara mudarat ialah haram. Maka berkata ramai ulama antaranya al-Imam al-Isnawi: dan ini hanya berlaku selepas disyariatkan dengan dalil-dalil syar’ie, sedangkan sebelum warid (ada dalil), maka pilihan ulama ialah waqf (berhenti pada dalil)”.

4. Kata as-Syiekh Said bin Ali al-Qahtani:
“Asal hukum dalam semua perkara adalah harus; kerana Allah telah menciptakan bagi hamba-Nya semua benda di atas muka bumi ini bermanafaat untuk mereka, melainkan apa yang diharamkan oleh-Nya. Asal hokum dalam ibadah adalah dilarang dan bersandarkan dalil melainkan apa yang thabit dalam syarak ia disyariatkan oleh Allah atau dari Rasulluah s.a.w.”

5. Perkataan Ibn Qayyim al-Jawziyyah:
“Asal hukum di dalam ibadat adalah batal melainkan apa yang disyariatkan oleh Allah dan Rasul-Nya”.


Daripada kata-kata para ulama’ di atas, semuanya mempunyai kesamaan dalam memahami konsep ibadah. Tidak hairanlah bila para ulama’ Ahlu Sunnah Wal Jamaah mendatangkan kaedah:

‘Al-Ashlu fil Ibadah al-Haram Illa Ma Dalla ad-Dalil ‘ala Amrihi’
(Hukum asal dari ibadah adalah haram kecuali ada dalil yang memerintahkan)

Berbeza pula dengan kaedah muamalah iaitu:

‘ Al-Ashlu fil Muamalah Al-Ibahah Illa ma dalla ad- Dalil ‘ala khilafihi’
(Hukum asal dari muamalah adalah boleh kecuali ada dalil yang menyelisihinya)




Andai konsep ibadah tidak dapat difahami oleh para mad’u, perselisihan pendapat akan berlaku untuk menentukan amalan mana yang diterima oleh Allah.Justeru itu, para da’ie perlulah merungkaikan masalah ini sebelum terjun ke dalam persoalan yang lebih mendalam lagi.


Konklusinya, fahami konsep ibadah sebenar sebelum berbicara tentang bidaah.


Dipetik dan diolah dari : Majalah I keluaran Disember 2008

Garapan : Ibn Yusof

7 Perkara Ganjil




Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."


" Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"





Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."



" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.


" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.


" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..

SSK (Senario Siasah Kampus)





Salam wasilah ukhuwah fillah.

Dah lama rasanya saya tidak post ke blog ni. Rasa malas kian menguasai diri meski exam telah usai. Namun, setelah membaca artikel dan mencari bahan-bahan tentang jemaah di Malaysia atas amanah yang diberikan oleh naqib diman saya (syukran ya akhi), tergerak saya untuk berkongsi pendapat tentang siasah kampus ataupun lebih dikenali sebagai politik kampus.



Suasana dalam Dewan Canselor ketika PRK MPP




Meskipun di UMS telah selamat usai PRK (Pilihanraya Kampus), tapi kebanyakan IPTA dan IPTS di bahagian semenanjung bakal berdepan dengan senario pilihanraya ini menjelang Januari depan (jika saya tidak silap).

MAHASISWA DAN POLITIK

Masih terngiang-ngiang lagi perbualan saya dengan sahabat saya :

Ana : Mi. Hang sibuk atau ada hal tak hari Jumaat sampai Ahad ni ?

Mi : Aku free kot. Nape ?

Ana : Aku nak ajak hang pi Program Gema Ramadhan. Aku rasa menarik program tu.Lagipun buat kat luar. Jomla join sekali.

Mi : Tak naklah. Aku malasla. Lagipun aku tak suka nak terlibat dengan hal-hal politik ni.

Ana : Politik? Nape lak hang cakap camtu ?

Mi : Yela. Biasanya kalau program-program yang berkaitan dengan masjid ni kan orang PAS yang buat. Aku tak berminat ngan politik ni. Aku nak tumpu kat study aku jak.

Ana : Laa…Nape hang cakap camtu ? Bagi akulah, tak ruginya kalau kita libatkan diri dengan sesuatu yang kita boleh dapat ilmu dan pembelajaran daripadanya.

Mi : Hang cakap senangla. Hang budak sekolah agama. Kalau ada soalan tantang agama senanglah hang jawab. Lainlah cam aku ni. Sekolah biasa jak. Kureng sikit bab-bab agama ni Karang kalau kena soal tak dapat jawab malu jak.

Ana : Ha, sebab tu la aku ajak hang join program ni. Dapatlah tambah pengetahuan hang. Aku pun tak cukup lagi ilmu agama. Sama-samala kita tambah ilmu nanti. Kalau tak dapat jawab soalan tu, tak pelah. Sekurang-kurangnya kita akan ingat apa yang kita tak dapat jawab tu sampai bila-bila pun. Insyaallah.

Mi : Ceh, macam ustaz lak hang ni.

Ana : Yeke ? Terima kasih. Huhuhu. Aku Cuma kongsi pendapat dan pengalaman aku jak. Oh ye. Sebut pasal politik dan PAS. Apa salahnya kalau kita terlibat dengan politik. Sebagai mahasiswa yang celik minda tak salah kalau kita terlibat juga dengan politik atau jemaah-jemaah Islam.

Mi : Apa-apa jelah. Ok la. Kejap lagi aku ada kelas. Jumpa lagi ek. Assalamualaikum

Ana : Waalaikumussalam. Jangan lupa join program tu nanti. Nanti aku inform kat naqib kita ek.


SENARIO POLITIK MAHASISWA

Daripada pengamatan saya, kebanyakan mahasiswa sekarang menganggap politik itu bukanlah satu benda yang penting dan sering memandang enteng perkara ini. Kita boleh lihat daripada peratusan pelajar yang turun mengundi pada PRK MPP baru-baru ini. Tidak sepenuhnya pelajar turun mengundi pada hari pengundian. Peratusan yang turun mengundi adalah rendah.

Sudah semestinya ibu bapa menegaskan supaya lebih memberikan tumpuan kepada pelajaran. Namun untuk menjadi mahasiswa yang berkarisma dan berkaliber, mereka perlu juga melibatkan diri dalam berpolitik mahupun berorganisasi. Bukanlah saya menyuruh mahasiswa berebut mendapatkan posisi MPP mahupun JAKMAS, namun boleh juga kalau kita terlibat dengan program-program yang dianjurkan oleh mereka selaku ajk pelaksana program. Itu juga merupakan asas-asas berorganisasi.

Selaku pengarah semasa Majlis Rumah Terbuka KKIP 2008


Adalah tidak releven dan salah sama sekali tanggapan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa mereka yang bertanding dalam MPP ataupun JAKMAS adalah gila kuasa. Tohmahan ini perlu dikikis segera. Hal-hal gila kuasa biarlah mereka berurusan di akhirat kelak.

Tapi sekurang-kurangnya mereka ada inisiatif untuk memperjuangkan kebajikan rakan mahasiswa mereka yang lain. Berbanding sesetengah pelajar yang hanya pandai menempelak mahupun menghamburkan kata-kata nista kepada pimpinan jika kemahuan mereka tidak dipenuhi.Contohnya seperti gejala hedonisme yang menyerang UMS tidak lama dahulu. Hal ini cuba dibangkitkan oleh ISEUMS melalui blog mereka. Namun ada pihak yang tidak senang dengan pendedahan ini. Akhirnya blog ISEUMS terpaksa ditutup. (Betulkan jka fakta ini salah)





POLITIK DAN ISLAM

Islam adalah agama yang syumul. Yakni menyeluruh merangkumi semua aspek kehidupan – JENAYAH, MUAMALAT, MUNAKAHAT. Jadi tidak wajar dikatakan politik tidak boleh dilibatkan dalam Islam. Persepsi ini boleh digolong dalam pemikiran sekularisme iaitu memisahkan agama dengan kehidupan.

Sedangkan Rasulluah s.a.w turut berpolitik. Lihat pada perjanjian-perjanjian yang telah digubal seperti Perjanjian Hudaibiyah dan Sohifah Madinah. Perjanjian ini merupakan salah satu cabang politik yang dilakukan oleh Rasulluah. Pemilihan Khalifah di zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin juga merupakan unsur-unsur politik.

Jadi jelaslah Islam tidak pernah meminggirkan politik dalam kehidupan umatnya.


KONKLUSI

Siasah ataupun politik merupakan salah satu intipati dalam kehidupan seseorang insane . Suci atau kotor medan politik itu bergantung pada pemimpin yang mencorakkannya. Justeru itu tertakluk kepada kita untuk memilih pemimpin yang betul-betul layak memimpin dan menegakkan syiar Islam di muka bumi ini. Persoalan “ perlukah mahasiswa terlibat dengan politik ?” mungkin telah terjawab. Tepuk dada Tanya iman.


Wallahua’lam

P/S : Betulkan jika fakta ataupun apa-apa dari penulisan saya terdapat kesilapan. Mohon tunjuk ajar.

Kita Pasti Dirisik...Bersabarlah.





Pada suatu masa yang ditetapkan ... Kita pasti dirisik.. Pertunangan sejak azali.. Di hujung hidup nanti.. 

Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut.. Hantarannya..sakit dan nazak.. Tamu bertandang, menghadiahkan esak tangis.. Pengantin dimandikan.. 

Dipakaikan baju cantik putih.. Wangian gaharu dan cendana.. Keranda jadi pelaminan.. Pengantin bersanding bersendirian.. 

Diarak keliling kampung.. Berkompangkan azan dan kalimah kudus.. Akad nikahnya bacaan talkin.. Berwalikan liang lahad.. 

Saksi pula nisan-nisan.. Siraman air mawar.. Keluarga terdekat menepung tawar.. Tiba masa pengantin.. Menunggu sendirian.. Malam pertama bersama KEKASIH.. 

Di kamar bertilamkan tanah.. Dan Dia menuntut janji.. Sucikah kita tatkala berpadu.. Pernahkah taubat sepanjang hayat.. Atau terkubur bersama dosa-dosa.. 

Dan Dia Kekasih itu.. Menetapkanmu ke syurga.. Atau melemparkan dirimu ke neraka.. WALLAHU'ALAM.....


Hasil Nukilan: Alif Akbar

Sumber: www.weluvislam.com 

Bilakah Aku Bisa Meng'update' Blogku Ini?




Salam.


Lama rasanya tak saya update blog saya ini. Tak seperti masa-masa sebelum ini. Boleh dikatakan stiap minggu ada saja bahan yang saya post. Mungkin disebabkan exam yang sedang saya lalui ini. Seatakat hari ini, hanya tinggal 2 kertas saja lagi : Biologi Ikan Akuakultur dengan Prinsip Akuakultur yang merupakan subjek kegemaran saya. Masing-masing hari Isnin dan Rabu.


 PEMANDANGAN DALAM DC TIME PAPER B.INGGERIS


Maaf sekali lagi kerana lama tak meng'update'. Insyallah, pas habis exam akan ada pertambahan bahan dalam blog ini. Maaf sekali lagi. Akhi dan Ukhti, doakan saya dapat menjawab 2 kertas terakhir ini dengan tenang dan jaya.


Nantikan bahan terbaru dari saya.


Wallahualam

Salam Imtihan Maattaufiq Wannajah



Salam Perjuangan...

Selamat menghadapi peperiksaan akhir semester buat sahabat2 jundullah sekalian. 


USAHA + DOA + TAWAKKAL = KEJAYAAN

Setiap Larangan Atau Suruhan Ada Hikmahnya



" Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita. Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah. Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-



1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.
Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.



Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.



Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital , the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.



2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.



3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.
Cara Rasulullah minum.



Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.
Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas.



Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis. Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina?



Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia.




Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin, walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.



Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudaris(guru) ana, Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah.



Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.




Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah.TOLONG SEBARKAN DAN JADIKAN AMALAN BERGUNA....

Seminggu PRK MPP













Salam Segala Salam...
Sedar tak sedar, Pilihanraya Kampus untuk pemilihan MPP baru saja berakhir semalam (23 Oktober 2008). Agenda dimulakan dengan sesi pengenalan calon di kolej2 kediaman pada 20,21 dan 22 Oktober. Tapi rasa frust gak tak dapat join semua sesi tu. Mujurlah dapat pi sesi pengenalan yang di buat di IP. Itupun terpaksa menempuh pelbagai MEHNAH DAN TRIBULASI sebelum tiba di tempat pengenalan calon. (tanya saudara Hafiz Sarif untuk keterangan lanjut).

Pada hari pengundian pula, saya sempat menjenguk perjalanan pengundian (of course la undi sekali) selepas berhempas-pulas menjawab mid-term Sains Bumi Planet pada sebelah pagi yang nampak macam senang (true @ false question) tapi penuh ngan fakta disamping pemarkahan yang saya sendiri pun konfius (betul 2 mrkh, salah tolak 1/2 markah, x jawab 0 markah).

Banyak yang saya dapat daripada PRK ni tambahan pula ni adalah kali pertama saya pi mengundi secara manual (matriks gune sistem e-vote). Cam jadi berani nak berkomunikasi ngan org yang x saya kenal (time edar flyers), menambah skil menggantung poster dan banyak lagila. Alhamdulillah, calon2 PRO M ramai yang berjaya mengisi kekosongan mantan2 mpp yang terdahulu. Syabas dan tahniah. Moge kalian semua dapat memimpin ke jalan yang haq.Berikut adalah keputusan rasmi PRK MPP 08/09 :

Kerusi Umum (7 orang sahaja)
1) Masturah binti Mohd. Nadzari – 4902 (menang)
2) Azrul bin Ibrahim – 4788 (menang)
3) Hafiza Syafika binti Mohd. Fekeri – 4362 (menang)
4) Stephanie Yap Su Zhen – 4333 (menang)
5) M. Fazlurrahman bin M. Yusof – 4185 (menang)
6) Nurul Aishyah binti Mohamad – 4184 (menang)
7) Azhar bin Harun – 3771 (menang)
8) Badri bin Haji Bayani – 3622
9) Azlan Shah bin Abdul Shah – 3435
10) Tan Choon Fei – 3341
11) Mohd. Saifful bin Abdul Manap – 3208

Kerusi SST (5 orang sahaja)
1) Azizul bin Julirin – 1111 (menang)
2) Khairunisa binti Klem – 970 (menang)
3) Chan Xiang Loong – 967 (menang)
4) Yap Kah Jin – 920 (menang)
5) Nursyabri bin Mat Nor – 830 (menang)
6) Claoston Anak Nardon – 637

Kerusi SKTM (3 orang sahaja)
1) Tan Beng Hin – 764 (menang)
2) Tan Chaa Yehh – 671 (menang)
3) Thipan a/l Shanmugam – 615 (menang)
4) Mohd. Shairil bin Affandi – 592

Kerusi SPE (3 orang sahaja)
1) Muhamma Nor bin Madiah – 890 (menang)
2) Derrick a/l Tanggapan – 739 (menang)
3) Lee Hui Jing – 619 (menang)
4) Widiawati binti Hussen – 550
5) Norafiza binti A. Kadir – 493

Kerusi SPPS (menang tanpa bertanding)
1) Nurhidayah Muksin
2) Ismayani binti Ismail

Kerusi SSS (menang tanpa bertanding)
1) Mohd. Hasra
2) Hazamin

Kerusi SPiKS (1 orang sahaja)
1) Mohamad Redwan bin Roujip – 308 (pemenang)
2) Li Yuan Yuan – 225

Kerusi SPS (1 orang sahaja)
1) Ayu Ruhizah binti Rosly – 138 (pemenang)
2) Sharifah Sarina binti Habin Ahmad – 85

Kerusi SPTA (1 orang sahaja)
1) Muhammad Adam bin Quizon @ Quezon – 202 (pemenang)
2) Karen Chia Huey Min – 158

Kerusi SSMP (1 orang sahaja)
1) Ooi Christopher – 302 (pemenang)
2) Farah Nabila binti Azman - 182

Kerusi SPU (menang tanpa bertanding)
1) Nurul Atiqah binti Mat Nashukat

Kerusi SPL (menang tanpa bertanding)
1) Mohd. Baihaqi bin Haji Bakri


(Di copy daripada blog Muslimin Mukhlisin)



Moga Nur Islam menyinari segenap bumi UMS ni.

" Pendamba Redha Ilahi"

Hijau Untuk Semua




"Ada banyak kata "hijau" di dalam ayat-ayat Al-Qur'an dan menjelaskan akan keadaan penghuni jannah ataupun segala yang ada disekelilingnya, berupa kenikmatan, suasana, kesenangan, ketenangan jiwa. Kita mendapati di dalam surat Al-Rahman:


"Mereka bertelekan (bertelekan: tiduran menyamping, tubuh lurus, dengan salah satu tangannya dilipat dan telapak tangannya menyangga kepala -pent) di atas bantal-bantal yang hijau dan permadani yang indah" (QS. Al-Rahman: 76)


"Mereka mengenakan pakaian sutra halus yang hijau,
dan sutra tebal, serta dipakaikan gelang dari perak kepada mereka. Dan Rabb mereka memberi minum mereka dengan minuman yang suci" (Q.S. Al-Insan: 21)


"Mereka mengenakan pakaian sutra halus yang hijau dan sutra tebal" (Q.S. Al-Kahf: 31)


Salah seorang pakar psikologi, Ardatsham, mengatakan


"Sesungguhnya pengaruh warna terhadap manusia sangat besar, dan saya pernah melakukan sejumlah penelitian dan menjelaskan bahwa warna berpengaruh terhadap kejiwaan dan semangat serta vitalitas kita; merasa panas; atau dingin; atau nyaman; atau bahagia; bahkanbisa berpengaruh terhadap kepribadian seseorang dan berpengaruh terhadap menyikapi kehidupan.


Dan warna bias menjadi sebab relung jiwa yang dalam terpengaruh dengannya. Sebuah rumah sakit pernah mengundang sejumlah pakar untuk memberikan saran bagi warna dinding ruang pasien atau warna dinding rumah sakit, sehingga bisa banyak membantu dalam mengobati mereka. Rumah sakit juga meminta saran tentang warna yang terbaik untuk pakaian pasien. Sejumlah percobaan telah membuktikan bahwa warna kuning bisa membangkitkan semangat di syaraf pusat. Adapun warna ungu bisa membangkitkan ketenangan.


Adapun warna biru, maka orang yang melihatnya akan merasa dingin. Sebaliknya, warna merah maka orang akan merasa panas atau gersang. Dan para pakar tersebut mengatakan bahwa warna yang bisa membangkitkan kebahagiaan, gembira, bersemangat hidup (bergairah) adalah warna hijau. Oleh karena itu, warna yang utama dan sesuai untuk kamar atau ruang operasi, pakaian para ahli bedah dan pakaian pasien adalah warna hijau.


Sebuah
pengalaman unik akankami kemukakan di sini bahwa ada sebuah pengalaman yang terjadi di London, Inggris, di kawasan Black Fryer yang dikenal dengan "kawasan bunuh diri" karena mayoritas kejadian bunuh diri banyak terjadi di kawasan ini. Kemudian diadakan perubahan warna dari warna gelap gurun ke warna hijau metalik. Denganhal ini ternyata terjadi penurunan jumlah kejadian bunuh diri dengan sangat signifikan. Warna hijau juga bisa menjadikan pandangan mata nyaman.


Sumber:
Kitab: Ma'a Al-Thib fii Al-Qur'an Al-Karim, dari. Abdul Hamid Diyab, dari. Ahmad Qarquz, Mu'assasah Ulum Al-Qur'an, Dimasyq.

Usah Merajuk Wahai Dai'e







Hidup ini menuntut mujahadah berterusan. Setiap hari pasti ada sahaja perkara yang perlu di usahakan. Seringkas bangun pagi memerlukan kekuatan menolak keseronokan tidur yang lena. Begitu juga dalam kesungguhan mengulangkaji pelajaran, kesabaran melayani kerenah sahabat handai, hinggalah keteguhan mendirikan Islam dalam diri setiap insan. Inilah kehidupan, tidak lari dari, suka duka, perit jerih, dan susah payah. Apatah lagi bagi tiap jiwa yang dalam sedar berikrar menyerahkan diri mereka kepada Allah, menggelar diri sebagai Dai'e, mengajak jiwa-jiwa kembali tunduk pada Allah yang Esa. Malah mereka lagi perlu menunjukkan kesungguhan dalam tiap perkara, mengelak fitnah menimpa...



Yang pastinya, dalam kesungguhan pasti ada mehnah melanda. Dalam saat seronok mengajak manusia kembali ke jalan Allah, kita terlupa bahawa hati-hati itu ada pemegangnya, yang mengawal tutup buka nya ia. Membuatkan kita kecewa dan putus asa apabila usaha tidak membuahkan hasil seperti yang dijangka. Membuatkan kita terlupa tugas kita hanya pemberi peringatan, sedangkan natijahnya di bawah takdir Allah yang Maha Kuasa. Bak kata pepatah `menabur benih di bumi, hasilnya dari Ilahi'. Di saat hati rajuk, mencari hikmah atas apa yang menimpa, Al-Quran menjadi tempat kembali, isinya penuh istimewa, pasti sesuai di setiap keadaan dan masa. Namun, bergantung kepada kesediaan hati itu untuk mengaitkannya dalam kehidupan, mengambil manfaat dari tiap bait Kalamullah...

Siapa sangka, kisah Nabi Yunus a.s yang tidak selalu diceritakan mampu memberi seribu pengertian dalam kehidupan...
"Nabi Yunus menyeru pada kaumnya
Sembahlah Allah Yang Maha Esa
Tinggallah berhala yang tidak bernyawa
Jauhi perbuatan yang sia-sia Seruan Nabi tidak diterima
Nabi diejek dan Nabi dihina
Baginda tidak berputus asa
Walau dicaci walau dihina
Akhirnya Nabi merasa hampa
Umatnya masih menderhaka
Lalu dia pergi membawa hati Ke tepi pantai seorang diri
Kapal pedagang Baginda menumpang
Membawa diri ke rantau orang
Malangnya laut bergelombang
Hampir karam ditengah lautan
Bila diundi Nabi merelakan
Terjun ke laut penuh bergelora
Baginda ditelan ke perut Ikan Nun
Gelap gelita tidak terkira
Sedarlah baginda akan silapnya
Ditarbiyyah Allah sebegitu rupa
Menangislah Nabi penuh duka
Memohon Ampun dari Tuhannya
"

Begitulah kisah seorang Nabi diuji Allah begitu sekali…

Wahai Dai'e Rabbani, cukuplah kisah Nabi Yunus a.s pemujuk diri, jangan diikut rajuk di hati, usah dilayan kecelaruan emosi, tergesa-gesa melarikan diri dari situasi. Melangkahlah dengan penuh hikmah dan kesabaran dalam meneruskan da'wah lillahi. Begitulah di kala Nabi Yunus lari dari kaumnya yang ingkar, rasa marah dan kecewa hingga terlupa tugas beliau menyampaikan ajaran yang hasilnya adalah dari Tuhan.
Menyoroti kehidupan Dai'e, tidak ubah seperti kisah ini, siapalah kita meletakkan hidayah dihati manusia kerana ia adalah urusan Ilahi, hanya usaha yang akan dipersoalkan nanti. Hadamlah kalam Allah apabila Dia berfirman:

"Dan tidaklah Kami mengutus kamu melainkan hanya sebagai pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan. Katakanlah:
"Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan risalah itu, melainkan (mengharapkan kepatuhan) orang-orang yang mahu mengambil jalan kepada Tuhannya"

(Al-Furqan:56-57)

Dalam kegelapan perut ikan Nun, hati Nabi Yunus a.s mulai bergerak bertasbih kepada Allah, memohon taubat kerana putus asa dengan rahmat Tuhannya sambil berkata:

"Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim"
(Al-Anbiyaa':87)

Dengan ketulusan hati berdoa, mengakui kesempurnaan ketuhanan dari sebarang kekurangan dan kelemahan, mengakui kezaliman diri, akhirnya taubat Nabi Yunus a.s di terima. Allah menyelamatkan beliau dari kecelakaan mati di dalam perut ikan Nun kepada kesejahteraan hidup bersama kaumnya yang kembali kepada jalan Ilahi. Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, segalanya mungkin terjadi, asalkan hati jernih mengharap redhaNya. Apa lagi yang Dai'e mahukan selain ketenangan dalam kehidupan seharian. Walaupun penuh ujian, hati penuh taubat mengakui kesalahan…





Inilah Dai'e Rabbani, tidak takut menghadapi salah, tetapi lekas kembali kepada Allah yang Maha Pemurah. Memujuk hati mencari hikmah mengakui kelemahan insani. Berbekal ibadat di kala senang, menjadi keselamatan di waktu susah. Tabah dan sabar dalam berdakwah tanpa mengira ketidakberhasilan hidayah, kerana tiap langkah di atas jalan ini adalah kejayaan...


sumber : bahantarbiyyah.info

Apa Dah Jadi ?


Pelajar sepak perut guru

KANGAR: Kejadian guru diserang pelajar lelaki sering dilaporkan, tetapi di sebuah sekolah menengah di sini, pelajar perempuan pula menjadikan seorang guru wanita sebagai sasaran berikutan tidak berpuas hati ditegur lewat menghantar tugasan sekolah.
berita penuh...


Salam ukhuwah.



Berita ini dipetik daripada harian metro bertarikh 17 Oktober 2008. Saya agak terkejut dengan perkara ini. Selalunya pelajar lelaki yang sanggup bertindak ganas terhadap guru. Tapi kali ini lain pula halnya. Pelajar perempuan menjadi 'otai' dan mencederakan guru mereka. Apa nak jadi dengan anak murid sekarang. Sanagat berbeza dengan senario zaman ibu bapa kita. Ibu bapa menghadiahkan rotan kepada guru ataupun menyuruh guru menghukum anak mereka jika melakukan kesalahan. Tapi apa yang saya dapat tahu hari ni, ibu bapa akan menyalahkan guru dan mem'back up' anak mereka sedangkan anak mereka yang melakukan kesalahan. Di mana perginya nilai sifat mulia dan rasa hormat pelajar terhadap para guru? Sungguh menyedihkan...



"Tepuk dada tanyalah iman"

Antara Pegang Awek Dengan Pegang Anjing



Sekadar renungan dan ingatan bersama

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih . Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : eh? kenapa ?

ANJING: aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing , pergi jauh-jauh, najis!".

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu .

ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu . Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak.

ANJING: Wah .. ayat ko me man g power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"

Sedikit Penjelasan:

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa ?Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram?.

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya , ?Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya . (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)



Islam Itu Mudah




“Camne nak solat ni ustaz? Seluar saya kotor kena tanah la”, ujarku. “Ish, kamu ni. Banyak sangat alasan. Kat seluar kamu tu tanah je. Bukan najis. Kalau tanah tu najis, alamatnye badan kamu tu semua najis.”Ustazku berseloroh.

Mengingatkan kembali peristiwa ketika saya di bangku sekolah, ketika masih ‘jahil’ lagi tentang agama merimbunkan lagi keakuan terhadap mudahnya Islam itu. Bagaimana tanah yang terlekat pada seluar jika yakin tidak terdapatnya ain najis,bau mahupun rasanya, maka ia dikira tak najis. Mendengar penerangan ustaz itu membatalkan hasrat saya dan rakan-rakan lain untuk menangguhkan solat fardhu.

Betapa Rahman dan Rahimnya Allah itu terhadap hamba-hambanya sehinggakan terdapat banyaknya keringanan dan kemudahan dalam kehidupan seharian kita. Cuba kita lihat dalam aktiviti seharian kita. Solat misalnya. Saya masih ingat lagi apa yang saya belajar sejak tadika lagi. Rukun pertama solat ialah berdiri betul. Tapi, camne lak bagi yang tempang kakinya, lumpuh mahupun yang langsung tiada kaki? Ha, kat sini, Allah bagi kemudahan pada mereka. Berdiri sekadar mereka mampu. Kalau tak, duduk boleh. Kalau tak larat gak bolehlah berbaring. Ape? Tak larat gak? Ha, pakai isyarat mata dan seterusnya guna hati. Nah. Mudahkan Islam tu? Bagi yang musafir lak, tak payah risau mencari surau atau masjid setiap kali masuk waktu. Cukuplah sekadar jama’ atau qasar ataupun kedua-duanya sekali. Itulah rukhsah (keringanan) yang telah Allah kurniakan kepada insan yang sedang bermusafir mengikut syarat2 yang tertentu. Senangkan? Tu tak kira lagi kita boleh solat di mana-mana hatta tepi jalan pun boleh selagi tempat tu diyakini suci dari najis bila dah masuk waktu.Di sini ditekankan betapa pentingnya ibadah solat dan perlu dikerjakan walau di mana kita berada.

Tapi, sekarang ni, ramai yang mempertikaikan perintah yang telah Allah tegaskan. Macam hal tudung. Ada yang cakap pakai tudung panasla, rosak rambutla dan macam2 lagi. Mereka tak sedar yang mereka dah guna banyak nikmat dan kemudahan yang Allah bagi. Free of charge je. Takde pun Allah mintak suruh bayar. Kalau kena bayarla, nescaya duit yang melaut seluas lautan pasifik+lautan atlantik pun tak cukup nak bayar balik.Firman Allah, “Maka nikmat Allah yang manakah telah engkau dustakan” Jadi fikir2 lah balik kalau nak menafikan apa yang Allah firmankan.

Sebut tentang Islam itu mudah, ramai gak orang yang menggelar diri mereka Islam tapi mereka mengambil kesempatan terhadap kemudahan ini untuk melakukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan. Saya sering mengingatkan kawan saya, “Islam itu mudah, tapi bukan untuk dipermudahkan”. Mengambil contoh ibadah puasa pada bulan ramadhan. Saya agak tertanya-tanya kenapa ada mukalaf yang masih tidak berpuasa. Alasan mereka sakit perut sebab tak sahur. Setahu saya puasa memang la rasa lapar dan kadang2 perut sakit. Tapi janganla jadikan ia alasan untuk tidak puasa. Budak tadika pun boleh tahan. Teringat zaman kanak2 dulu, ibu saya pesan bila saya mula merengek nak buka. “Selagi tak merangkak kalau nak pi mana2, selagi tu la kena puasa”. Alhamdulillah pesanan ibu saya jadikan pembakar semangat untuk terus berpuasa hingga sebulan.

Jadi dapat disimpulkan di sini, gunakanlah sebaik-baiknya kemudahan yang telah Allah kurniakan dan janganlah pertikaikan segala apa yang Allah firmankan.Dan yang paling penting janganla memperlekehkan dan mempermudah-mudahkan Islam itu untuk kepentingan diri sendiri.

“Mahasiswa Membangun Bersama Islam”





ISLAM DIHINA DI MALAYSIA



Inilah wajah-wajah penghancur Islam!


Baca sama-sama... Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni?? Patut laa ada yang kata tak nak ada anak. Bukan takut nak beranak, tapi takut ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.


Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...
Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia. Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun - Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita, "Hang nak ikut ugama apa?"...Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama - maknanya, perkataan "Islam" yang ada kat mykad kita itu,depa minta di"tiada"kan.

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,
mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain - mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.

8. Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka. 10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia? .....

lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium
Muslim. Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...

Datuk Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat Mufti Perak, "Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!"...Datuk Harussani balas dalam majalah "Millenium Muslim", katanya, "Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!"... Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka! ------------------------------------------------------------ -------------
Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: "Sepertimana yang Tartar
berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain. Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut) ------------------------------------------------------------ ----
em mende ni da lame timbul,sjak pmpuan bnama lina joy tu buat hal...so aku ingatkan da selesai krn dulu mmg da ramai turunkan tandatgn bantahan dan sampai keluar la bab2 perlembagaan ni di bincangkan...tapi skang amat mengejutkan bila hal ni bangkit balik...jadi bagaimanakah keadaan di malaysia skang?i want to knw...


p/s: Dipetik daripada ruang diskusi friendster group KMK.