Doa Sahabat Buat Sahabat






Ya Allah…
Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan bagiku seorang teman. 
Sedangkan ia adalah diluar jangkaan dan sangkaan hambaMu ini. 
Aku tetapkan baginya satu peraturan yang hanya Allah yang akan menentukan segalanya.


Ya Allah…
Dalam kekalutan begini, dia pergi menyendiri dan hanyalah dititipkan suatu pesanan melalui seorang teman buatku. 
Dimanakah salahku wahai Tuhan dan tunjukkanlah dimana silapku. 
Jangan Engkau biarkan aku begini tanpa diketahui apakah kesalahan yang telah aku lakukan terhadapnya.


Ya Allah…
Walau apa pun takdirMu keatasku, maka disaat ini aku tahu dia perlukan pertolongan.
 Oleh itu wahai Tuhan, aku dengan penuh rasa kehambaan yang penuh kehinaan memohon padaMu bagi pihaknya, 
kerana dia adalah sahabatku.


Ya Allah…
Ampunilah daku dan sahabatku 
dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu 
dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.


Ya Allah…
Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. 
Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. 
Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutangnya melainkan telah Engkau bayarkannya. 
Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. 
Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai 
dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan segalanya baginya
 wahai Tuhan yang Maha Penyayang.


Ya Allah…

Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu 
dan berubahnya kesejahteraanMu 
dan mendadaknya seksaMu 
dan berbagai macam murkaMu.


Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu 
tabahkanlah dia dalam menghadapi segala urusan
 dan kekuatan dalam menerima petunjukMu.


Ya Allah…
Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah. 
Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya.


Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya 
dengan sabaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, 
sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya. 
Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya.
 Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya 
dan ampunkanlah dosa-dosanya. 


Ya Allah, 
aku bermohon baginya kepadaMu tingkat yang tinggi di syurga.
 Ya Allah perkenankanlah permohonanku.


Ya Allah…
Sungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku rahsiakan
 dan apa yang aku perlihatkan, 
maka ampunkanlah kealpaan dan kelalaiannya. 
Dan Engkau mengetahui segala hajatnya, maka kabulkanlah permohonannya. 


Ya Allah, 
aku bermohon baginya kepadaMu keimanan yang selalu mendampingi hatinya, 
dan keyakinan yang kuat sehingga dia mengerti bahawasanya tidak akan menimpa dirinya kecuali apa yang telah Engkau tentukan baginya 
dan bahawasanya apa sahaja yang telah menimpa dirinya bukanlah semata-mata yang meluputkannya. 
Dan apa sahaja yang telah meluputkannya bukanlah yang semata-mata menimpa dirinya.


Ya Allah…

Aku bermohon baginya kepadaMu iman yang dia buat cari kebenaran. 
Cahaya yang dia jadikan ikutan dan rezeki yang dirinya cukupkan. 
Ya Allah…jadikanlah dia cinta kepadaMu dengan hatinya seluruhnya dan rela kepadaMu dengan segala kemampuan dirinya seluruhnya. 
Ya Allah… jadikanlah cintanya seluruhnya hanya kepadaMu 
dan amal perbuatannya seluruhnya hanyalah untuk mencari keredhaanMu.


Ya Allah…
Apa sahaja yang Engkau jauhkan darinya dari hal-hal yang dia cintai, 
jadikanlah hal itu sebagai penguat untuknya mencintai apa yang Engkau cintai
 dan jadikanlah cintanya kepadaMu sebagaimana Engkau mencintai.


Ya Allah…
Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau. 
Hanya kepadaMu aku bertawakal. 
Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agong.


dipetik dari http://serulingsenja2.blogspot.com

Latest In KKIP 09




SALAM


kepada semua blogger KKIP jemputlah umtuk tolong mempublish poster ni ke blog anda 
sebagai satu langkah mempromosi sekaligus terlibat dengan program KKIP


SYUKRAN, TERIMA KASIH

Hari Kejayaan!



Kau Pergi Jua...




Masih saya ingat lagi. Zaman kecil. Setiap kali pulang ke kampung ayahku di Kg. Gajah, Perak, saya akan segera mendapatkan opah saya. Semestinya opah ada di dapur. Sibuk menyediakan juadah buat santapan anak, manantu dan cucu tersayang.Dan masih saya ingat lagi, opah gemar untuk memasak ikan tongkol masak taucu dan gulai tempoyak. Dia tahu, itu masakan kegemaran cucunya ini.

Saya masih ingat lagi, opah suka bercerita tentang zaman dulu-dulu. Ketika Jepun bermaharajalela di Tanah Melayu. Dengan gayanya tersendiri, dia akan bercerita. Mengulangi ceritanya sambil diselitkan dengan dendangan lagu Jepun yang kadang-kadang kami adik beradik ketawa geli hati melihat gayanya yang bersahaja. Opah tak pernah mengeluh pabila kami menyuruh mengulangi cerita yang sama. Opah tidak kisah. Asalkan cucu-cucunya gembira.

Sebelah malamnya pula, saya suka tidur sebelah opah. Opah akan tepuk punggung, dodoikan saya dengan selawat sambil diselangi lagu-lagu melayu. Mudah saja saya terlena. Opah tak pernah marah bila badan kecil saya menghimpit badannya dan memenuhi ruang katilnya.

Opah juga suka memanggil kami dengan nama timangan yang diberinya kepada kami. Adik perempuan saya dipanggilnye 'ngendai' sebab badan dia berisi.Adik lelaki saya pula 'Ansari' meskipun namanya Irsyad.

Bila usia menginjak naik, saya jarang dapat berjumpa dengan opah. Yang penting waktu hari raya dapatlah saya bersalaman dengannya. Tambahan pula opah semakin uzur dan sukar untuk berjalan. Pak Long lah yang menjaganya di kampung.

Cuti akhir semester yang lalu, saya sempat berjumpa dengan opah. Saya kagum dengan opah sebab dia mampu mengingati saya meskipun saya sudah lama tak berjumpa dengan opah. Tambahan pula opah menghidapi penyakit nyanyuk yang biasanya dihidapi oleh warga tua. Dia berpesan pada saya supaya bejar rajin-rajin dan kahwin bila umur 25 tahun. Itulah yang selalu diperingatkan pada saya. Saya sempat memeluknya sebelum pulang tanpa saya sedari itulah detik terakhir saya dapat memeluk dan bersua dengan opah...


Sabtu, 12 September 09, 22 Ramadhan 1430H, Subuh

Saya dikejutkan dengan satu mesej daripada kakak saya 

"Salam Opah dah meninggal dunia jam 4 pagi tadi, Sedekahkan Fatihah untuk opah. Kami nak pi umah cik nuar tgk jenazah opah"

Hati saya bagai disentap kuat. Terkedu saya membaca mesej itu.Mahu saja aku pulang . Namun masa tidak mengizinkan.




Maknanya selepas ini ....

tiada lagi gulai tempoyak dan taucu masakan opah

tiada lagi cerita zaman jepun buat hiburan kami

tiada lagi tangan yang mendodoikan saya

tiada lagi terngiang nama 'ngendai' dan 'Ansari'

dan yang pentingnya

tiada lagi nasihat dari bibir opah menasihati aku tanpa jemu.


Ya Allah . Aku pasrah kepada ketentuanMu ini. 
Kau berilah ketabahan keatas kami agar dapat menerima takdir yang amat pahit untuk diterima

Dan kau tempatkanlah opahku bersama meraka yang Engkau kasihi dan rahmati

Amin. Yarabbal alamin




Al-Fatihah buat opahku...



Mampukah Aku...


SALAM
masih sibuk dengan midterm
namun ada masalah lain lagi yang belenggu diri

tak tahu kenapa...





SETIAP KALI

Setiap kali mendapat nikmat
jarang kusedari itu pemberian-Mu

terkadang rasa itu kerana
segala usaha dan penat lelahku sahaja

setiap kali ditimpa musibah
kumengeluh risau bertambah gelisah
hingga terlupa pada-Mu Allah
tempat kembali segala masalah

oh Tuhan Yang Maha Penyayang 
leraikanlah aku dari keluh kesah 
yang membelenggu jiwa dan fikiran 
ditambah dengan hasutan syaitan 

kurniakanlah kepadaku ketabahan 
singkapkanku hikmah segala ketentuan 
Moga sinar-Mu berikanku pedoman 
Hanya pada-Mu segala ketetapan 


oh tuhan yang maha penyayang
leraikanlah aku dari keluh kesah
yang membelenggu jiwa dan fikiran
ditambah dengan hasutan syaitan
durjana yang sentiasa mengarahku
kepada kemurkaanmu
kurniakanlah kepadaku ketabahan
tunjukkan ku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan
Ya Allah kau redhailah diri ini


seandainya diri ini
mampu meraih cinta keredhaan-Mu
seandainya akulah insan yang terpilih
pimpini hidupku


"WAHAI PEMBOLAK BALIK HATI,
 TETAPKANLAH HATI KAMI PADA AGAMAMU DAN TAAT PADAMU"

Simfoni Kehidupan 3




Salam Ramadhan Karim

Alhamdulillah.dengan keizinanNya, dapat aku sampai ke bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan ini. Hari ni masuk hari yang ke 2. Alhamdulillah berkat puasa sunat yang sering diamalkan membantu dalam menahan diri sepanjang berpuasa ni.

Semalam, hari pertama berjalan dengan lancar. berbuka dengan nasi lauk ayam.ABC diteguk penghilang dahaga (meskipun agak mewah).Semasa berbuka sempat ber'sms' dengan ibu di rumah dan kakak di UIAM.


ibu sedang menyediakan juadah berbuka

kakak sedang mencari juadah berbuka


Ketika itu terimbau kembali kenangan semasa kecil. berpuasa penuh semata untuk dapat hadiah dari cikgu di tadika.memang gigih
masa tu. tiba waktu sahur berbeza style saya.


ibu atau ayah tuangkan air milo dalam mulut saya sambil mata saya masih terpejam dalam kegelapan bilik tidur.lawak jugak bila ingat kembali. dapat tahan seharian berpuasa.


Zaman sekolah asrama paling seronok.bersahur dan berbuka ramai-ramai.meriah.kurma, sedikit kuih dan air menjadi juadah berbuka. terus solat maghrib dan disusuli makan nasi di dewan makan. pagi sahur dikejutkan dengan bunyi siren ala-ala bomba (sampai ada sekali tu kena tegur oleh pihak polis sebab sekolah sebelah ibu pejabat polis.kata mereka keliru macam ada kecemasan).
ni bukan time buka.tapi time jamuan raya F5 sekolah dulu

Zaman matrik pulak saya bersama sahabat PUSAT ISLAM ditugaskan untuk menyediakan juadah berbuka.setiap hari dapat berbuka free. dapat la jmat duit sikit (bukan niat utama ek).

ni pun bukan time buka.tapi jamuan akhir masjid matrik changlun.
teringat kat daus,kimie,khairul,zawir,surhan n kawan len.eh, fatih pi mane ek?


Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”.
(At-Tirmidzi)


Begitulah gelagat aku menghadapi Ramadhan dari kecil hingga sekarang. yang membezakan dulu dengan sekarang hanyalah feeling berbuka bersama keluarga tidak dapat dirasai sebab sekarang belajar jauh di seberang laut.Namun kerinduan tu diubati dengan gelagat sahabat yang memang riuh bila diajak berdebat (tapi kami tak bertumbuk la). Terima kasih Amin.terima kasih sahabat lain.

MOGA RAMADHAN KALI INI MEMBERI IMPAK HASANAH YANG BESAR DALAM HIDUP KITA

INSYALLAH...




Marhaban Ya Ramadhan.



Hari ni hari jumaat

esok sabtu.

PUASA sudah

jom tingkatkan amal ibadah dalam bulan yang mulia ni.

INSYALLAH