Kekuatan Kupohon, Ketenangan Kudambakan


Salam ketenangan untuk semua.

Alhamdulillah.

Sempat juga saya 'curi-curi' sikit masa untuk update (update ke?) blog ni. Dah berbulan-bulan rasanya tak diupdate blog ni. Mungkin kerana kekangan masa. Ingatkan sem ni tak dak la padat sangat jadual kuliahnya. Tapi sangkaan meleset sungguh. Boleh dikatakan setiap hari ada lab.Dari hari Isnin sampai Khamis. Mujurlah lab PENGATURCARAAN KOMPUTER dah habis. Kalau tak memang setiap hari ada lab. Jam kredit semuanya 22. Terlalu banyak kalau nak dibandingkan sem lepas yang hanya 18 jam kredit.



Tambah lagi sebagai pelajar Akuakultur, kami kena hadir praktikal di Hatchery. Hari jumaat jam 7.30 pagi sampai 4.30 petang. Balik-balik saja memang macam nak pengsan (tu dulu masa mula-mula praktikal.sekarang tak lagi). Mujur masih dikurniakan kekuatan oleh Allah.



Sambung lagi dengan hari Sabtu dan Ahad. Jam 11 pagi sampai 2 petang ada pula kokurikulum. Saya ambil berenang. Wajib untuk pelajar Akuakultur dan Sains marin.

Segala-galanya sibuk. Namun apabila ingat balik kata-kata naqib, "kalau kita sibuk, ada lagi orang lain yang lagi sibuk daripada kita" terus kembali semula semangat yang kian luntur. Saya yakin saya mampu tangani semua ujian ini.

Benarlah firman Allah dalam surah Al-Ankabut ayat 2 dan 3 yang bermaksud :

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta."

Insyallah...


"Ya Tuhanku. Permudahkanku jangan susahkanku"

2 Response to Kekuatan Kupohon, Ketenangan Kudambakan

  1. Anonymous says:

    salam ta'aruf,

    gud luck dgn kesibukan,sikit jak tu...boleh tu kamu...lgpun prctical 1mggu skali jak kan,kira ok la tu bbanding 2/3 kali smggu mcm kmi dulu,jumaat lg tu prctical korang..lg best,sgkat jak masa...
    kuatkan smgt yerr..bdk 1st year mmg busy smpi la mlangkah ke thn 2,slmt bjihad!!!

    second hal, mohon maaf dr akak ya,akak x kenal junior2 thn 1,akak jarang turun hatchery,n akak mmg x tau pun adk acap ni junior akak...aasif jiddan

    smg sntiasa istiqamah....

  2. salam sahabat,

    acaaaaaap, lme x ctc..

    ko ad sub renag ek?
    ajor ak renang gaye ikan..
    huhu..

    ajor ak gk kemahiran berunding...
    hoho..

    gd lucx la ap2 pn ko wt.. :)

Post a Comment