Pergi Tak Kembali



Segala yang hidup pasti akan mati dan setiap pemergian itu pasti tiada pengembalian.Tatkala melawat blog yang dibuat khas untuk mengenang jasa dan pengorbanan Allahyarhamah kak Siti Aisyah Bakri, secara tiba-tiba perasaan sayu dan hiba menyelinap masuk ke dalam lubuk hati. Meski tidak mengenalinya, namun sebagai saudara seagama harus ada perasaan seperti itu. Serta -merta terlintas di ingatan satu peristiwa. Di mana hilangnya seorang sahabat yang amat akrab dengan saya. Pemergiannya amat dirasai oleh diri ini. Coretan ini ditulis agar semua menginsafi dan bersyukur dikurniakan teman di sisi dan hargailah mereka selagi mana mereka masih hidup.


Hari terakhir Minggu Suai Mesra di UMS...


Ketika itu saya berada di dalam Dewan Canselor sementara menanti kehadiran Timbalan Menteri Pelajaran tiba ke Majlis Amanat Bersama Timbalan Menteri Pelajaran. Hati masih gelisah apabila diarahkan bertukar kolej kdiaman dari E ke IP pagi tadi. Tiba-tiba, HP berbunyi menandakan ada mesej masuk. Mesej daripada Syafiq, rakan sekolah menengah meminta alamat Nur Asyraf , rakan sekolah rendah. Lantas saya mesej alamat Nur Asyraf kepada Syafiq. Tidak lama selepas tu, HP berbunyi lagi. Mesej daripada Hidayah, juga rakan sekolah rendah. Lantas saya baca mesejnya. " Salam, Nur Asyraf telah kembali ke rahmatullah pagi tadi. Sedekahkan Al-fatihah kepada rohnya.Sebarkan." Ringkas tapi amat terkesan pada jiwaku.Bibir serta merta melafazkan Al-fatihah. Lantas air mata tak dapat dibendung lagi. Saya minta izin keluar daripada Dewan canselor untuk tenangkan diri meskipun majlis masih berjalan...

Allahyarham Muhammad Nur Asyraf merupakan sahabat saya yang akrab ketika di sekolah rendah dahulu.Tambahan pula, nama arwah seakan-akan nama saya dan menyebabkan kami sering dianggap seprti kembar.Rumah pula dalam kawasan yang sama. Kami mula berkenalan sejak darjah 5.Seorang yang ceria. Dalam pelajaran, kami sering bersaing. Jika saya dapat tempat pertama, arwah tempat kedua dan begitulah sebaliknya.Selepas tamat sekolah rendah, kami ditawarkan ke sekolah yang berbeza. Namun begitu kami tetap berhubung.Ketika raya kami sering berkonvoi beraya di kawasan kediaman kami.

Namun kerana keegoan saya, hubungan kami semakin renggang sejak masuk matrikulasi. Saya jarang menghubunginya. Higgalah suatu hari saya mendapat tahu arwah menhidap kanser tulang. Lantas, sehari sebelum raya saya pergi melawat arwah. Sayu melihat keadaan arwah ketika itu. Kurus dan tidak bermaya. Selepas itu, saya tidak sempat untuk menziarahinya sehinggalah mendapat tahu arwah telah meniggalkan saya tanpa sempat saya menatap wajahnya buat kali terakhir kerana berda di Sabah. Rasa cukup berdosa.Moga Arwah tenang di dunia sana dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin.

p/s: Al-Fatihah buat Allahyarhamah Siti aisyah Bakri dan Allahyarham Muhammad Nur Asyraf bin Mohd Sadni.

0 Response to Pergi Tak Kembali

Post a Comment