Jangan lacurkan kami !!!



salam mengeblog...

Tatkala masuk melalui pintu gerbang utama universiti yang terindah lanskapnya di asia tenggara, terlihat satu pemandangan yang cukup memedihkan mata.




6-8 OGOS 2009

publisitinya hampir menenggelamkan hebahan aktiviti b'ilmiah lain-

E-WORLD, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), MOTIVASI @ E.

sudah lama aku terfikir. sejak dengar khabar angin akan diadakan Pesta Kemaksiatan ini di Universiti ku ini. Dalam telahan ku mungkin hanya cadangan saja. namun...nah, sekarang kain rentangnya terhampar indah menghiasi setiap tiang lampu sekitar UMS.

Aktiviti sebelum malam serakah disusun cukup cantik. mengumpan pelajar dengan tayangan filem percuma. lawatan kebajikan artis yang kononnya nampak lebih menyerlah kebaikannya.

Namun yang ingin aku persoalkan,

KENAPA DEWAN CANSELOR DAN UMS JUGA YANG DIPILIH?

sudah tiada tempat lainkah untuk diadakan majlis yang kononnya berprestij ini? sudah habiskah tempat seluruh Sabah ni sehinggakan dipilih UMS ni?

Kenapa tak dibuat di kaki gunung kinabalu? biarlah runtuh gunung itu andai maksiat bermaharajalela. Di kudat boleh juga, TIP OF BORNEO sesuai sangat. andai runtuh jurang angkara beratnya kebejatan akhlak di sana tidaklah melibatkan pelajar UMS yang ingin menuntut ilmu.

ini tidak. Dewan Canselor yang menjadi titik permulaan dan titik pengakhiran pelajar menuntut ilmu di UMS apabila bergraduasi bakal dicemari. Bukan kah universiti itu medan ilmu? hanya majlis berilmiah sahaja layak untuk bertapak di sini.

Hairan bila mana memikirkan bagaimana sebuah tempat yang melambangkan ketinggian institusi pendidikan dan pelajaran sanggup dijadikan korban untuk meraih perhubungan "songsang" lagi menjelikkan. Betapa hebatnya Dewan Canselor yang dianggap mulia ini di"lacur"kan dan diperlakukan seperti binatang. Kesanggupan "barua-barua" ini menyalahgunakan Dewan Canselor ini bukan jarang-jarang berlaku. Tiada lagi di universiti-universiti lain yang menjadikan Dewan Canselor sebagai pentas sarkas para artis selain dari Dewan Canselor ini. -dipetik dari blog KEMBARA PERJUANGAN-

jangan sampai nanti dewan canselor roboh menyembah bumi angkara budaya hedonisme yang semakin menjadi- jadi ini...
wallahua'lam...

0 Response to Jangan lacurkan kami !!!

Post a Comment