SSK (Senario Siasah Kampus)
Salam wasilah ukhuwah fillah.
Dah lama rasanya saya tidak post ke blog ni. Rasa malas kian menguasai diri meski exam telah usai. Namun, setelah membaca artikel dan mencari bahan-bahan tentang jemaah di Malaysia atas amanah yang diberikan oleh naqib diman saya (syukran ya akhi), tergerak saya untuk berkongsi pendapat tentang siasah kampus ataupun lebih dikenali sebagai politik kampus.
MAHASISWA DAN POLITIK
Masih terngiang-ngiang lagi perbualan saya dengan sahabat saya :
Ana : Mi. Hang sibuk atau ada hal tak hari Jumaat sampai Ahad ni ?
Mi : Aku free kot. Nape ?
Ana : Aku nak ajak hang pi Program Gema Ramadhan. Aku rasa menarik program tu.Lagipun buat kat luar. Jomla join sekali.
Mi : Tak naklah. Aku malasla. Lagipun aku tak suka nak terlibat dengan hal-hal politik ni.
Ana : Politik? Nape lak hang cakap camtu ?
Mi : Yela. Biasanya kalau program-program yang berkaitan dengan masjid ni kan orang PAS yang buat. Aku tak berminat ngan politik ni. Aku nak tumpu kat study aku jak.
Ana : Laa…Nape hang cakap camtu ? Bagi akulah, tak ruginya kalau kita libatkan diri dengan sesuatu yang kita boleh dapat ilmu dan pembelajaran daripadanya.
Mi : Hang cakap senangla. Hang budak sekolah agama. Kalau ada soalan tantang agama senanglah hang jawab. Lainlah cam aku ni. Sekolah biasa jak. Kureng sikit bab-bab agama ni Karang kalau kena soal tak dapat jawab malu jak.
Ana : Ha, sebab tu la aku ajak hang join program ni. Dapatlah tambah pengetahuan hang. Aku pun tak cukup lagi ilmu agama. Sama-samala kita tambah ilmu nanti. Kalau tak dapat jawab soalan tu, tak pelah. Sekurang-kurangnya kita akan ingat apa yang kita tak dapat jawab tu sampai bila-bila pun. Insyaallah.
Mi : Ceh, macam ustaz lak hang ni.
Ana : Yeke ? Terima kasih. Huhuhu. Aku Cuma kongsi pendapat dan pengalaman aku jak. Oh ye. Sebut pasal politik dan PAS. Apa salahnya kalau kita terlibat dengan politik. Sebagai mahasiswa yang celik minda tak salah kalau kita terlibat juga dengan politik atau jemaah-jemaah Islam.
Mi : Apa-apa jelah. Ok la. Kejap lagi aku ada kelas. Jumpa lagi ek. Assalamualaikum
Ana : Waalaikumussalam. Jangan lupa join program tu nanti. Nanti aku inform kat naqib kita ek.
SENARIO POLITIK MAHASISWA
Daripada pengamatan saya, kebanyakan mahasiswa sekarang menganggap politik itu bukanlah satu benda yang penting dan sering memandang enteng perkara ini. Kita boleh lihat daripada peratusan pelajar yang turun mengundi pada PRK MPP baru-baru ini. Tidak sepenuhnya pelajar turun mengundi pada hari pengundian. Peratusan yang turun mengundi adalah rendah.
Sudah semestinya ibu bapa menegaskan supaya lebih memberikan tumpuan kepada pelajaran. Namun untuk menjadi mahasiswa yang berkarisma dan berkaliber, mereka perlu juga melibatkan diri dalam berpolitik mahupun berorganisasi. Bukanlah saya menyuruh mahasiswa berebut mendapatkan posisi MPP mahupun JAKMAS, namun boleh juga kalau kita terlibat dengan program-program yang dianjurkan oleh mereka selaku ajk pelaksana program. Itu juga merupakan asas-asas berorganisasi.
Selaku pengarah semasa Majlis Rumah Terbuka KKIP 2008
Adalah tidak releven dan salah sama sekali tanggapan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa mereka yang bertanding dalam MPP ataupun JAKMAS adalah gila kuasa. Tohmahan ini perlu dikikis segera. Hal-hal gila kuasa biarlah mereka berurusan di akhirat kelak.
Tapi sekurang-kurangnya mereka ada inisiatif untuk memperjuangkan kebajikan rakan mahasiswa mereka yang lain. Berbanding sesetengah pelajar yang hanya pandai menempelak mahupun menghamburkan kata-kata nista kepada pimpinan jika kemahuan mereka tidak dipenuhi.Contohnya seperti gejala hedonisme yang menyerang UMS tidak lama dahulu. Hal ini cuba dibangkitkan oleh ISEUMS melalui blog mereka. Namun ada pihak yang tidak senang dengan pendedahan ini. Akhirnya blog ISEUMS terpaksa ditutup. (Betulkan jka fakta ini salah)
POLITIK DAN ISLAM
Islam adalah agama yang syumul. Yakni menyeluruh merangkumi semua aspek kehidupan – JENAYAH, MUAMALAT, MUNAKAHAT. Jadi tidak wajar dikatakan politik tidak boleh dilibatkan dalam Islam. Persepsi ini boleh digolong dalam pemikiran sekularisme iaitu memisahkan agama dengan kehidupan.
Sedangkan Rasulluah s.a.w turut berpolitik. Lihat pada perjanjian-perjanjian yang telah digubal seperti Perjanjian Hudaibiyah dan Sohifah Madinah. Perjanjian ini merupakan salah satu cabang politik yang dilakukan oleh Rasulluah. Pemilihan Khalifah di zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin juga merupakan unsur-unsur politik.
Jadi jelaslah Islam tidak pernah meminggirkan politik dalam kehidupan umatnya.
KONKLUSI
Siasah ataupun politik merupakan salah satu intipati dalam kehidupan seseorang insane . Suci atau kotor medan politik itu bergantung pada pemimpin yang mencorakkannya. Justeru itu tertakluk kepada kita untuk memilih pemimpin yang betul-betul layak memimpin dan menegakkan syiar Islam di muka bumi ini. Persoalan “ perlukah mahasiswa terlibat dengan politik ?” mungkin telah terjawab. Tepuk dada Tanya iman.
Wallahua’lam
P/S : Betulkan jika fakta ataupun apa-apa dari penulisan saya terdapat kesilapan. Mohon tunjuk ajar.
Salam Ziarah adikku..
Hmm,satu artikel yang bagus..
Teruskn usaha, biar istiqamah..
Sekali kita melangkah, jangan berundur walau sepatah..
Cuma sedikit yang abang lihat, harap adik gunalah bahasa yang betul..
Bahasa Jiwa Bangsa kan..
salam ziarah
mmg artikel yg bagus.Alhamdulillah.. :)
mmg btl..lgpun teringat pd nasihat seorg sahabat bila sy tgh pening kepala nk masuk bertanding jakmas e sblm ni. dia kata "Rasulullah SAW pun berpolitik,belajar jugak..Baginda lah cth/teladan terbaik utk kita,umat Islam. SO,why don't try to do the same? InsyaAllah kalo niat krn Allah,pasti dipermudahkan.." mm...something cam tu ar yg dia kata pd sy..hehe.
wallahu ahlam..
Salam Wasilah Ukhuwah Fillah
Sesuatu yang wajar dipertimbangkan dalam hal ini berkaitan dengan kuasa (jawatan) dan pengaruh yang kita miliki. Daripada pemerhatian dan pengalaman, saya dapati ramai pemimpim pelajar yang ada jawatan tetapi tidak memiliki pengaruh termasuk di UMS. Senario ini suatu yang sangat merugikan terhadap gerakan mahasiswa Islam (GMI) untuk mendaulatkan amal Islami di kampus. Justeru, GMI wajar melatih ahli yang memiliki kemahiran siasah di samping syaksiah yang terpuji sehingga mampu menggetaran lawan dan kawan. Lihat sahaja sirah Baginda SAW semasa di Mekah. Ketika kabilah-kabilah Arab berbalah tentang kelayakan untuk meletakkan kembali Hajar al-Aswad ke Ka’abah, mereka akhirnya mencari seorang anak muda yang tidak berjawatan KETUA PEMUDA, tetapi PEMUDA yang berkualiti KETUA, iaitu Muhammad SAW. Biar pun tanpa jawatan dan kedudukan, pengaruh Baginda sudah sedia terserlah, dek kualiti yang ada pada dirinya. Kepimpinan dengan pengaruh hasil kualiti, mengancam seluruh jawatan dan kuasa yang cuba dipertahankan tanpa kualiti kepimpinan. Natijahnya, Madinah terus memacu kejayaan, apabila kepimpinan Rasulullah SAW yang berteraskan pengaruh itu, dilengkapkan dengan kuasa dan kedudukan! Ciri-ciri inilah yang mesti dibangunkan oleh setiap kita sebagai seorang mahasiswa untuk mewujudkan biah solehah. Saat ini walaupun tanpa jawatan, saya cuba mengekalkan pengaruh yang ada selagi hal tersebut memberikan laba terhadap perjuangan mahasiswa di kampus hatta kadang kala saya digelar 'gila kuasa'. Pedihnya tatkala disalahertikan.
Salam singgah jap... Asah diri biar jadi seperti jati.. biar jauh didalam belantara, tetap diredah demi mendapat batang yang berkualiti. biar hilang kuantiti,tapi penuh denan kualiti. Bila ada satu, boleh jadi beribu dengan nilai komersialnya. Asal ada hati, InsyaAllah boleh terjadi...
Cool and that i have a keen offer: How Much Is House Renovation Loan In Pag Ibig house renovation contractor