Islam Itu Mudah




“Camne nak solat ni ustaz? Seluar saya kotor kena tanah la”, ujarku. “Ish, kamu ni. Banyak sangat alasan. Kat seluar kamu tu tanah je. Bukan najis. Kalau tanah tu najis, alamatnye badan kamu tu semua najis.”Ustazku berseloroh.

Mengingatkan kembali peristiwa ketika saya di bangku sekolah, ketika masih ‘jahil’ lagi tentang agama merimbunkan lagi keakuan terhadap mudahnya Islam itu. Bagaimana tanah yang terlekat pada seluar jika yakin tidak terdapatnya ain najis,bau mahupun rasanya, maka ia dikira tak najis. Mendengar penerangan ustaz itu membatalkan hasrat saya dan rakan-rakan lain untuk menangguhkan solat fardhu.

Betapa Rahman dan Rahimnya Allah itu terhadap hamba-hambanya sehinggakan terdapat banyaknya keringanan dan kemudahan dalam kehidupan seharian kita. Cuba kita lihat dalam aktiviti seharian kita. Solat misalnya. Saya masih ingat lagi apa yang saya belajar sejak tadika lagi. Rukun pertama solat ialah berdiri betul. Tapi, camne lak bagi yang tempang kakinya, lumpuh mahupun yang langsung tiada kaki? Ha, kat sini, Allah bagi kemudahan pada mereka. Berdiri sekadar mereka mampu. Kalau tak, duduk boleh. Kalau tak larat gak bolehlah berbaring. Ape? Tak larat gak? Ha, pakai isyarat mata dan seterusnya guna hati. Nah. Mudahkan Islam tu? Bagi yang musafir lak, tak payah risau mencari surau atau masjid setiap kali masuk waktu. Cukuplah sekadar jama’ atau qasar ataupun kedua-duanya sekali. Itulah rukhsah (keringanan) yang telah Allah kurniakan kepada insan yang sedang bermusafir mengikut syarat2 yang tertentu. Senangkan? Tu tak kira lagi kita boleh solat di mana-mana hatta tepi jalan pun boleh selagi tempat tu diyakini suci dari najis bila dah masuk waktu.Di sini ditekankan betapa pentingnya ibadah solat dan perlu dikerjakan walau di mana kita berada.

Tapi, sekarang ni, ramai yang mempertikaikan perintah yang telah Allah tegaskan. Macam hal tudung. Ada yang cakap pakai tudung panasla, rosak rambutla dan macam2 lagi. Mereka tak sedar yang mereka dah guna banyak nikmat dan kemudahan yang Allah bagi. Free of charge je. Takde pun Allah mintak suruh bayar. Kalau kena bayarla, nescaya duit yang melaut seluas lautan pasifik+lautan atlantik pun tak cukup nak bayar balik.Firman Allah, “Maka nikmat Allah yang manakah telah engkau dustakan” Jadi fikir2 lah balik kalau nak menafikan apa yang Allah firmankan.

Sebut tentang Islam itu mudah, ramai gak orang yang menggelar diri mereka Islam tapi mereka mengambil kesempatan terhadap kemudahan ini untuk melakukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan. Saya sering mengingatkan kawan saya, “Islam itu mudah, tapi bukan untuk dipermudahkan”. Mengambil contoh ibadah puasa pada bulan ramadhan. Saya agak tertanya-tanya kenapa ada mukalaf yang masih tidak berpuasa. Alasan mereka sakit perut sebab tak sahur. Setahu saya puasa memang la rasa lapar dan kadang2 perut sakit. Tapi janganla jadikan ia alasan untuk tidak puasa. Budak tadika pun boleh tahan. Teringat zaman kanak2 dulu, ibu saya pesan bila saya mula merengek nak buka. “Selagi tak merangkak kalau nak pi mana2, selagi tu la kena puasa”. Alhamdulillah pesanan ibu saya jadikan pembakar semangat untuk terus berpuasa hingga sebulan.

Jadi dapat disimpulkan di sini, gunakanlah sebaik-baiknya kemudahan yang telah Allah kurniakan dan janganlah pertikaikan segala apa yang Allah firmankan.Dan yang paling penting janganla memperlekehkan dan mempermudah-mudahkan Islam itu untuk kepentingan diri sendiri.

“Mahasiswa Membangun Bersama Islam”





0 Response to Islam Itu Mudah

Post a Comment