salam segala salam...

alahamdulillah diberi kesihatan dan kekuatan mengupdate blog.

berlainan dengan nasib sahabat seperjuangan yang lain di kg dalam



Abg Ihaam Basri

Abg Ilham Salleh

Jefri

Faiz

Syafiq

moga cepat kebah dari demam dan dapat kembali bersama berjuang di atas muka bumi ini.


New Generation of Da'ie



dengan berakhirnya
tayangan montaj tadi,
maka berakhirlah Program Pembangunan Modal Insan o9'...



salam PMI 09...

Alhamdulillah. akhirnya PMI 'o9 selesai dengan jayanya. berkat kesungguhan daripada semua ajk dan semua fasi PMI kali ni dapat berjalan dengan lancar selama 2 malam 2 hari .

Pelbagai ragam adik2 dapat dilihat semasa program berlangsung. Bila melihat adik2 menjalankan aktiviti terimbau kembali kenangan ketika turut menjadi peserta pada PMI yang lalu. banyak perkara baru yang saya pelajari ketika itu. kini aku pula yang diamanahkan untuk menjadi penggerak program ni (jadi fasi)

Program dimulakan dengan sesi pengenalan barisan ajk dan fasi (menurut kata sahabat. sebab masa tu aku belum sampai kerana ada program lain di IP). Kemudian disusuli dengan pembahagian kumpulan, sesi ta'aruf dan icebreaking

sesi ta'aruf dalam kumpulan


Namun, pada hari kedua, mulalah ramai peserta yang minta excuse sebab nak uruskan PTPTN la, urusan keluarga dan banyak lagi 1001 alasan. Namun, dengan kebijaksanaan ajk, masalah ni dapat diuruskan secara bijak dan berkesan.. Alhamdulillah..Aktiviti bersambung dengan Pembentangan Kertas Kerja 1 (PKK1) oleh Ustaz issraq. oh ya, terlupa pula. Terlebih dahulu, kuliah subuh dan riadhah dijalankan (dapatlah keluar peluh sikit).

antara bangunan yang ada sebelum dimusnahkan

Selepas PKK1, Perbincangan Dalam Kumpulan 1 (PDK1) pula dijalankan di sini, kekreatifan mereka diperlukan untuk membina bangunan yg paling tinggi dan stabil dengan mengaitkannya dengan PKK1 tadi. Bermacam-macam jenis bangunan dapat dilihat. dengan 'keganasan' daripada abg hardiansyah dan kak izza, bngunan yang x stabil rebah juga ke bumi...kesian.


Selepas Solat Asar, PDK2 pula menyusul. kali ni rancangan realiti tv menjadi sasaran peserta untuk diolah menjadi lebih islamik dan memastikan rancangan mereka mendapat tempat dihati penerbit tv untuk menerbitkan rancangan mereka. macam-macam idea yang keluar. ade yang nak suruh peserta rancangan tutup aurat la, bagi hadiah pas kena terjah dan banyak lagi..ada peserta yang hanya diam melihat rakan lain berdebat. ada juga yang petah berdebat ala pro jugak...

si munzier ni nampak cam pendiam, tapi sebenarnya banyak cakap gak


Malam pula dimulakan dengan PKK3 dan disusuli dengan slot muhasabah diri. Selepas itu, peserta dilepaskan awal untuk tidur. "Syukur Alhamdulillah" ujar mereka. Namun....


sesi penerangan KEMBARA SUFI kepada fasi dan ajk

KEMBARA SUFI - muhasabah dirimu wahai adik-adik ku


Tepat jam 12.20 tgh malam.. "bangun semua. berkumpul segera di parking kereta
sekarang !!!" arahan daripada ajk disiplin. Rupa-rupanya ada agenda lain yang telah dirancang oleh ajk dan fasi...KEMBARA SUFI...peserta dibawa berjalan dikeheningan malam dengan mata yang tertutup dan ditinggalkan berseorangan untuk muhasabah diri. tangisan keinsafan sayup-sayup kedengaran menerjah kesunyian malam (Moga benar itulah tangisan keinsafan adik-adik).


Pagi Ahad dimulakan dengan aktiviti KEMBARA ILMU. Ala-ala explorace jugak la.terdapat tugas dan soalan yang menanti peserta di 5 checkpoint yang berdasarkan 5 rukun islam dan 1 checkpoint yang digelar checkpoint 2.5. (ramai jugak yang salah sangka ni checkpoint 3).

KOLEKSI GAMBAR KEMBARA ILMU



Aku ditugaskan untuk menjaga checkpoint 3 iaitu checkpoint puasa. Di sini aku menggunakan tipu muslihat a.k.a tipu sunat (ade ka???) untuk memperdayakan adik2 peserta untuk makan biskut yang dibekalkan. hanya 2 kumpulan saja yang berjaya menahan godaan aura biskut. yang lain lupa bahawa mereka perlu 'berpuasa'. kagum juga dengan 1 kumpulan yang mengaplikasikan konsep ukhuwah yang dipelajari dari checkpoint 2.5 dengan saling menyuapkan biskut kepada kawan masing2. ada juga adik2 yang tak mahu mengaku kalah apabila disuruh membayar denda. "Tapi bang, sekarang ni bulan Rejab. bolehlah makan." ujar mereka. Geliga juga adik2 ni.huhuhu.


Program di akhiri dengan doa rabitah agar diperkuatkan lagi ukhuwah antara kami semua. moga adik2 ni dapat menjadi para da'ie yang mampu menyumbang pada jalan2 Islam. Insyallah. Bertemu lagi di program2 lain selepas ini....






Simfoni Kehidupan Vol 1


salam kembali... Lama sudah tak mencoret di blog ni. terkadang terkesan jugak bila terdengar ungkapan

"pe guna ada blog tapi tak update"

Akhirnya, di tengahari ni, aku diberikan kekuatan untuk mengupdate la sikit blog yang hampir usang ni... Sekadar ingin berkongsi pengalaman hidup sepanjang permulaan sem 3 ni. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Cuma ada la jugak clash 2 kelas. tapi alhamdulillah dah selesai dah. Semalam sempat bertanya khabar ibu di kampung. sekeluarga sihat. perbualan diselangi dengan petah tutur adik bongsu yang semakin menginjak naik umurnya. kini di darjah 1. topik perbualan dari aktivitinya di sekolah, tentang roti canai yang ujarnya 'PALING SEDAP DI ALAM SEMESTA' hinggalah kepada duit simpanannya yang kini mencecah RM100 hasil duit kumpulan baki duit belanja harian. Kagum dengan jiwa mudanya....

ADIK BONGSUKU, FARIS

"Balik tak raya ni?" soalan yang dilontarkan oleh ibu kepada aku. terdiam sebentar. memikirkan output jawapan yang bakal diluahkan. "Tengoklah nanti bu. kalau ada rezeki balik la". jawapan yang tiada kepastian. kini aku agak dalam dilema.ibu mengharap aku pulang. namun bila memikirkan praktikal hatceri yang tetap berjalan pada raya kedua dan yang paling penting tiket yang semakin menggila harganya, rasa berat untuk bersetuju untuk pulang. bukan tidak mahu pulang.

namun disebabkan terdapat halangan, aku ketepikan dulu urusan balik nanti. insyallah jika diberi kesempatan ingin aku pulang ke kampung halaman (meskipun ia adalah bandar)...


"YA ALLAH BERIKANLAH AKU KEKUATAN MENEMPUH HIDUP INI"

RENUNGAN BUAT SRIKANDI...




"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Syazni liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fulanah mula sebak.

"Tak. Maksud saya…"

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fulanah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.

Syazni diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fulanah' di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini. Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Syazni seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Syazni muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Syazni, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Syazni sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya bany
ak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Syazni berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam persatuannya. Malah, Syazni dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama.

Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Syazni. Bagi Fulanah, Syazni seperti pelengkap kepada dirin
ya. Namun, hanya sehingga saat Syazni melamarnya menjadi isteri kedua. Syazni masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Syazni tersebut.

Bagi Fulanah, Syazni tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Syazni berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada mas
yarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Syazni semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Syazni – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Syazni.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Syazni d
ikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Syazni sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Syazni menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak? Syazni bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Syazni berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.

Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Syazni mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Syazni menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Syazni.



"Kenapa saya?" tanya Syazni ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Syazni tersenyum.

Akhirnya, Syazni dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Syazni terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Syazni semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Syazni membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Syazni. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Syazni sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Syazni menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Syazni dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Syazni yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Syazni aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Syazni membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.

Syazni berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Syazni menuding jari ke arah khemah tersebut

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Syazni.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.

Syazni tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"PERJUANGAN, " jawab Syazni.

***************

Sedarlah semua wahai muslimah serikandi dan perwira Islam ... kalian akan dimadukan!

Jika dirimu bakal seorang isteri…

Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan, bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini tetapi anda adalah bakal isteri kedua kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam!

Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…

Kehadiran dirimu adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan islam bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu. Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga diri \mu dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan islam!

Jika dirimu bakal seorang suami…

Terimalah bahawa anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu! Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya, kerana suami yang pertama baginya ialah perjuangan islam dan memartabatkannya.

Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai islam dan memperjuangkan islam. Jika dirimu tidak sedemikian, sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu…

Bantulah isterimu atau suamimu dan kuatkanlah dia untuk meneruskan perjuangan islam ke serata dunia!!Takbir ! Allahuakbar!