Salam Akhir...


Salam WUFI...

Tergerak hati malam ni nak post buat kali terakhir sesi ni di Sabah.
Tengah bersengkang mata ngan si Faisal...

Petang tadi baru saja habis paper yang amat aku 'geruni',

PENGATURCARAAN KOMPUTER DAN SIMULASI

Dalam banyak-banyak subjek, ni jak yang aku tak berapa minat...
Mungkin disebabkan jiwa aku yang lebih kepada berinteraksi dengan benda hidup. tapi kali ni kena ngadap laptop untuk buat program.

Waktu lab memang syok..
tapi bila kuliah masing-masing menguap..
bukan sebab lecturer...
tapi...
entahlah.
moga diberi kejayaan dalam paper ni dan paper lain...

Sedih gak tadi tak dapat join abang-abang yang bakal graduate pi Kiansom.
Kena berjihad guna pebn dan akal...
pagi sampai petang...

Pagi ni dah nak balik semenanjung..
Buat abang-abang yang bakal grad...

abg cd, abg arep, abg zizul ex-ydp cd, abg azri, abg apis jumat dan abg2 lain yang tak disebut nama...

moga ukhuwah antara kita kekal utuh padu selamanya...
jangan lupe datang lawat kami lagi di UMS ni...

buat sahabat seperjuangan, teruskan berjuang, biar menitis darah syuhada' sekalipun...kita tetap mara...

coretan ini amat bermakna bagiku...
jumpa kalian lagi di sesi hadapan insyallah...

Menghitung Hari Gunakan Jari...


Salam Imtihan...


Malam ni sempat lagi saya meng'edit' blog.


Rasa makin rajin lak nak 'update'.


Hari ni hari selasa, esok rabu, lusa khamis, tulat (ade ka???) jumaat-last paper.
dan kemudian SABTU. Tinggal 1,2,3.. ye. 3 hari lagi untuk diri ini menghabiskan sisa penghidupan bagi tahun 1 di bumi UMS ni.

Memang masa pantas berlalu. Bagi abang dan akak yang akan 'grad' nanti, mungkin sukar untuk bersua lagi selepas ni. Cuma ukhuwah dan ikatan Tauhid YANG SATU saja bisa menyatukan kita.

Selamat bercuti kepada semua dan manfaatkan masa dengan sebaiknya.


Mahu tidur. esok pagi ada paper lagi...


Wallahua'lam....

ENTAH...


Salam.

ENTAH...


Satu perkataan yang sering dikaitkan dengan sesuatu perkara yang kita tak tahu.



ENTAHLAH. Kenapa sejak kebelakangan ni rasa malas lak nak update blog ni. mungkinkah disebabkan exam yang sedang ditempuh, ataupun kekangan dek laptop yang meragam diserang BULU BEBEK?

Yang pasti hidup mesti diteruskan. walau apa jua cara. Asalkan berlandaskan syara'. Lurus di atas jalan yang benar. Bukan seperti mat rempit yang MATI KATAK di atas highway yang lurus.

try search 'katak kartun mati' kat GOOGLE, jumpa lak gambar ni.

Mungkin selepas ini, gaya penulisan blog ini akan diubah. Biar nanti tidak di'perli' suka menukar 'template' ikan jak tanpa menge'post'. Namun jangan bimbang. FAKTA bisa dicanang, AUTA sedaya dikekang.



Dikesempatan ini, Selamat menghabiskan sisa-sisa perjuangan di lapangan imtihan dan bumi UMS ni bagi yang bakal graduate. Bagi yang masih ada baki semester di UMS, teruskan berjuang menegakkan kalimah ALLAH agar dedaunan HIJAU terus segar menaungi alam buana ini.

ada tersirat dalam tersurat...


WALLAHUA'LAM...